Kategori
Sukan

Piala Dunia: Penyokong Rai Kejayaan Perancis Mara Ke Pentas Akhir

PARIS, 15 Dis – Kemeriahan dirasai di Champs-Elysees, di tengah kota Paris apabila penyokong Perancis mengibarkan bendera dan menyalakan suar bagi meraikan kejayaan Les Bleus mara ke final Piala Dunia selepas menundukkan Maghribi 2-0. Kira kira 10,000 polis dikerah ke serata Perancis bagi memastikan situasi dapat dikawal selepas mengambil kira ketegangan mungkin tercetus antara penyokong […]

Kategori
Luar Negara

Skuad England Tidak Pulang Tangan Kosong, Bawa Pulang Kucing Qatar Sebagai ‘Ganti’

SETELAH tewas menentang Perancis, skuad bola sepak England membuat keputusan untuk membawa pulang seekor kucing asal Qatar ke United Kingdom (UK) sebagai ganti kepada trofi siri Piala Dunia kali ini yang tidak berkesempatan diraih mereka. Skuad yang lebih dikenali sebagai Three Lions itu tidak akan meninggalkan Qatar dengan tangan kosong, malah sempat mengutip peluang untuk […]

Kategori
Luar Negara

Puluhan Ribu Orang Banjiri Kota Dhaka, Desak Perdana Menteri Letak Jawatan

IBU negara Bangladesh, Dhaka, lumpuh dengan polis antikeganasan diletakkan dalam keadaan siap siaga ketika puluhan ribu penyokong parti pembangkang berarak untuk mendesak Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan dan pilihan raya diadakan, lapor akhbar Arab News. Protes kelmarin adalah yang terbesar di Bangladesh sejak 2009 apabila kerajaan pimpinan parti Liga Awami berkuasa. Ia berlaku di […]

Kategori
Luar Negara

‘Pengampunan’ Akaun Twitter Yang Disekat Bermula Minggu Depan – Elon Musk

WASHINGTON, 25 Nov – Pemilik Twitter Elon Musk berkata pada Khamis akaun yang disekat akan ditarik balik bermula minggu depan. Langkah itu diambil susulan tinjauan yang dibuat baru-baru ini mengenai sama ada perlu memberikan “pengampunan” kepada akaun yang disekat telah mendapat lebih 3.1 juta undi menyaksikan 72.4 peratus responden bersetuju manakala 27.6 peratus tidak bersetuju. […]

Kategori
Tular

Johnny Depp Raih 7.6 Juta Pengikut Selepas 18 Jam Buka Akaun TikTok

NAMA pelakon Hollywood, Johnny Depp masih menjadi sebutan dalam kalangan pengguna media sosial setelah tular kisahnya memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard. Seminggu berlalu, Johnny dilihat membuka akaun TikTok miliknya pada Selasa dan mendapat perhatian ramai sehingga meraih 7.6 juta pengikut dalam tempoh 18 jam sahaja. Johnny turut berkongsi video penghargaan kepada […]

Kategori
Luar Negara

Sekatan Ke Atas Rusia Akan Beri Kesan Terhadap KDNK Dunia – Bank Dunia

WASHINGTON, 15 Mac – Sekatan dikenakan Barat terhadap Rusia bakal memberi kesan mendalam kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global berbanding impak konflik, kata Presiden Bank Dunia, David Malpass, pada Isnin. Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual secara maya dengan The Washington Post, lapor Sputnik. Katanya, jika Moscow berusaha mencari jalan untuk menamatkan konflik […]

Kategori
Luar Negara

Tragedi MH17: Australia, Belanda Mulakan Tindakan Undang-Undang Terhadap Rusia

AUSTRALIA dan Belanda dilaporkan telah melancarkan tindakan undang-undang terhadap Rusia berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014. Kedua-dua negara melancarkan prosiding dalam Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, dengan menamakan Rusia sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden itu di bawah undang-undang antarabangsa. Pesawat itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, membunuh kesemua 298 […]

Kategori
Luar Negara

Thailand Secara Rasmi Tukar Nama Bangkok Kepada Krung Thep Maha Nakhon

PEJABAT Persatuan Diraja (ORST) telah mengumumkan pertukaran nama rasmi ibu negara Thailand, daripada Bangkok kepada Krung Thep Maha Nakhon. Walau bagaimanapun, nama Bangkok masih diiktiraf, lapor Bangkok Post Kabinet pada Selasa meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai nama negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota yang dikemas kini, seperti yang dicadangkan oleh ORST. Nama […]

Kategori
Luar Negara

Sibuk Buru Pokemon Sehingga Abaikan Panggilan Rompakan, Dua Anggota Polis Dipecat

DUA orang anggota polis di Los Angeles, Amerika Syarikat telah dipecat kerana memilih untuk memburu Pokemon berbanding bertindak ke atas sebuah panggilan untuk memeriksa kes rompakan. Louis Lozano dan Eric Mithcell dilaporkan sedang memandu di jalanan bagi memburu karakter Pokemon bernama Snorlax dan Togetic menerusi permainan video Pokemon Go di dalam telefon pintar mereka. Berdasarkan […]

Kategori
Luar Negara

Dos Penggalak Mungkin Tidak Mencukupi – WHO

GENEVA, 12 Jan – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron. Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang […]