Categories
Ringkas

Kebakaran Hutan Di Indonesia Belum Reda, Jerebu Terus Jadi Kebimbangan Negara Jiran

JAKARTA, 12 Okt – Kebakaran hutan dan tanah belum reda di Indonesia dengan bilangan titik panas berkeyakinan tinggi meningkat untuk hari kedua berturut-turut kepada 909. Walaupun operasi pemadaman terus dilakukan, jerebu rentas sempadan yang menjejaskan negara jiran berlanjutan. Menurut Kementerian Perhutanan Indonesia, angka terbaharu, yang direkodkan setakat 9 malam waktu tempatan pada Ahad, meningkat daripada […]

Categories
Ringkas

Indonesia Rancang Pembenihan Awan Atasi Abu Anak Krakatau

JAKARTA, 7 Sept – Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) sedang bersiap sedia menjalankan operasi pembenihan awan bagi membantu mengurangkan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau yang merebak ke beberapa kawasan di Jakarta Raya, Banten dan Lampung, lapor Agensi Berita Antara. Ketua BNPB Suharyanto pada Isnin berkata bahawa operasi itu akan dimulakan sebaik […]

Categories
Ringkas

Titik Panas Di Kalimantan Meningkat, Kualiti Udara 10 Kawasan Merosot

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Jumlah titik panas di Kalimantan meningkat 254 kepada 520 hari ini, manakala di Sumatera bertambah 12 kepada 176, berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC). Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Azuri Azizah Saedon berkata kepulan asap rentas sempadan sederhana sehingga tebal berpunca daripada kelompok titik panas di […]

Categories
Ringkas

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Keselamatan Di Selatan Thailand – Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar. Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi […]

Categories
Ringkas

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Kolok, 1,560 Biji Epam Dirampas

NARATHIWAT, 21 Ogos – Dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Kolok di sini Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka. Ketua Polis Sungai Kolok Kol. Thun Sirikhunt ketika dihubungi Bernama berkata kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun dari Kelantan itu ditahan kira-kira 10.30 […]

Categories
Ringkas

Kes Dadah: Malaysia Diberi Akses Siasatan Juruterbang Di Jakarta – Saifuddin Nasution

SUBANG, 13 Ogos – Pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah, bulan lepas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan meskipun masih berada di peringkat awal. […]

Categories
Ringkas

Torres Muncul Wira, Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

EAST RUTHERFORD, 20 Julai – East Rutherford: Sepanyol dinobatkan sebagai juara Piala Dunia 2026 selepas menewaskan juara bertahan, Argentina 1-0 menerusi masa tambahan dalam aksi final yang sengit. Gol kemenangan hadir menerusi pemain gantian, Ferran Torres pada separuh masa pertama masa tambahan, sekali gus menghadiahkan kejuaraan dunia kedua buat La Roja. Argentina mengakhiri perlawanan dengan […]

Categories
Ringkas

Piala Dunia 2026: England Akhiri Kempen Dengan Tempat Ketiga

MIAMI, 19 Julai – England menutup saingan Piala Dunia 2026 dengan kemenangan bergaya apabila menewaskan Perancis 6-4 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Kejayaan itu menjadi penawar buat skuad kendalian Thomas Tuchel selepas impian mereka ke final berkecai akibat kekalahan 1-2 kepada Argentina di separuh akhir. Sebaliknya, Perancis menamatkan kejohanan tanpa sebarang pingat selepas turut gagal […]

Categories
Ringkas

Prabowo Jawab Pengkritik Harga Beras, Minta Mereka Tanam Padi Sendiri

JAKARTA, 18 Julai – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyarankan pihak yang mendakwa harga beras terlalu tinggi supaya memahami sendiri cabaran sektor pertanian dengan menanam padi. Beliau berkata, kritikan terhadap harga beras tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira kesukaran yang dihadapi golongan petani dalam menghasilkan bekalan makanan ruji negara. Menurut laporan TEMPO, Prabowo berpandangan terdapat pihak […]

Categories
Ringkas

Kualiti Udara Tidak Sihat Di New York Menjelang Final Piala Dunia

ATLANTA, 16 Julai – Kerajaan New York mengeluarkan amaran pada Rabu mengenai “keadaan udara tidak sihat” di seluruh negeri itu menjelang perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Argentina pada Ahad, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa). Perlawanan akan berlangsung di East Rutherford, terletak di luar New York City. Keadaan itu disebabkan oleh asap daripada kebakaran […]