Kategori
Berita

Polis Sudah Rakam Keterangan Aktivis Sebar Berita Palsu Dakwa Pelajar Maut Selepas Divaksin

IPOH, 4 Okt – Polis Perak telah mengambil keterangan seorang aktivis wanita yang mendakwa kononnya kematian dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai seperti yang tular tempoh hari, berpunca daripada suntikan vaksin COVID-19. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan aktivis wanita berusia 39 tahun itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah […]

Kategori
Berita

Vaksin: Ibu Kecewa Masyarakat Tular Berita Tak Betul Mengenai Anak

MELAKA, 1 Okt – “Ada yang kata anak saya tak makanlah, tak cukup tidurlah…padahal makan, tidur cukup. Sebelum pergi memang akan suruh mereka makan. Lepas tu yang akak paling kecewa bila dia kata anak akak dah meninggal,” luah Ulfah Mat Daris, 42. Ulfah merupakan ibu kepada Muhammad Azim Hassan, 13, remaja yang didakwa pengsan selepas disuntik […]

Kategori
Berita

Dakwa Longlai Selepas Divaksin, Pelajar Ini Rupanya Lewat Tidur Malam & Tidak Bersarapan

PUTRAJAYA, 30 Sept – Pelajar yang didakwa longlai selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam rakaman video tular didapati lewat tidur malam. Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pelajar berkenaan juga tidak bersarapan sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Mall, Klebang, Melaka. “Pelajar lelaki berkenaan tiada sebarang masalah kesihatan tetapi gementar […]

Kategori
Berita

Remaja 16 Dan 17 Tahun Dibenarkan Untuk ‘Walk-in’ Di Semua PPV Pulau Pinang

GEORGETOWN, 30 Sept – Remaja berusia 16 dan 17 tahun termasuk pelajar dibenarkan hadir secara ‘walk-in’ di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bermula Khamis ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sesi ‘walk-in’ harian bermula seawal jam 2 petang di setiap PPV. Bagaimanapun, katanya, […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pulau Pinang Bermula Esok

GEORGE TOWN, 21 Sept – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja berusia 18 tahun ke bawah di negeri Pulau Pinang akan bermula esok (Rabu, 22 September 2021). Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebagai permulaan, vaksinasi akan membabitkan pelajar asrama berusia 16 hingga 17 tahun yang beralamat tetap di Pulau Pinang […]

Kategori
Berita

COVID-19: 173,000 Remaja Di Pahang Akan Divaksin Bermula Isnin

KUANTAN, 17 Sept – Pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja di Pahang mulai Isnin ini akan melibatkan kira-kira 173,000 orang, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata selain remaja berusia 16 dan 17 tahun, turut menerima vaksin ialah mereka berumur 12 hingga 15 tahun yang mempunyai masalah kesihatan selain keutamaan diberikan kepada […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pahang Bermula 20 September

KUANTAN, 17 Sept – Program vaksinasi COVID-19 kepada pelajar berusia 16 dan 17 tahun di Pahang akan bermula Isnin depan (20 September), kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Nor Azimi Yunus. Menerusi kenyataan di akaun Facebook, Dr Nor Azimi berkata Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) juga sedang melakukan penyelarasan dengan Jabatan Pendidikan negeri berhubung pemberian vaksin […]

Kategori
Berita

CITF-A Sasar 60 Peratus Remaja Dapat Satu Dos Vaksin COVID-19 Nov Ini

PUTRAJAYA, 15 Sept – Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022. CITF-A yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan remaja berumur […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Kelantan Bermula Minggu Depan

KOTA BHARU, 15 Sept – Pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun di negeri Kelantan akan dimulakan minggu hadapan. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin berkata, suntikan itu bertujuan untuk meningkatkan tahap imunisasi kelompok remaja sekaligus menjayakan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Jika tiada halangan, […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Pelajar Dibuat Seiring Pembukaan Sekolah – Khairy

PUTRAJAYA, 9 Sept – Pemberian vaksin kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilakukan seiring dengan pembukaan semula sekolah. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan dilantik bagi memikul tanggungjawab sebagai penyelaras program vaksinasi untuk remaja. “Kita sudah bentangkan perancangan vaksinasi kepada remaja ini semasa […]