Kategori
Luar Negara

Elon Musk Akan Berundur Sebagai CEO Twitter Sebaik Sahaja Jumpa Pengganti Yang Baharu

BILIONAIR, Elon Musk, berkata dia akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter selepas mencari penggantinya. “Saya meletakkan jawatan sebagai CEO Twitter sebaik saja saya mendapati seseorang yang cukup bodoh untuk mengambil tugas itu! “Selepas itu, saya hanya akan menjalankan pasukan perisian dan pasukan ‘server’,” ciapnya di Twitter. Sebelum ini, majoriti pengundi Twitter mahu […]

Kategori
Luar Negara

Bank of England Umum Reka Bentuk Baharu Wang Kertas

LONDON, 20 Dis – Bank of England mengumumkan reka bentuk wang kertas baharu yang memaparkan wajah Raja Charles III menjelang pengedarannya pada pertengahan 2024. Menurut bank itu, potret baginda akan menjadi perubahan tunggal pada reka bentuk wang kertas plastik polimer 5, 10, 20 dan 50 paun sedia ada, lapor Deutsche Presse-Agentur (dpa). Imej Raja Charles […]

Kategori
Luar Negara

Musk Lancar Tinjauan Pendapat Di Twitter, Peletakan Jawatannya Sebagai CEO

WASHINGTON, 19 Dis – Jutawan Elon Musk melancarkan tinjauan pendapat di Twitter bertanyakan pandangan pengguna berhubung peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) platform media sosial itu, lapor Sputnik. “Perlukah saya berundur sebagai ketua Twitter? Saya akan mematuhi keputusan tinjauan pendapat ini,” menurut ciapan Musk pada Ahad. Setakat 00:00 GMT pada Isnin, lebih 2.5 juta […]

Kategori
Luar Negara

Kanak-Kanak Terjun Tasik Membeku Untuk Selamatkan Orang Tidak Dikenali, Ditemui Maut Bersama Mangsa

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui maut seusai nekad terjun ke dalam tasik yang sedang membeku demi menyelamatkam sekumpulan kanak-kanak yang terjatuh. Kejadian dilaporkan berlaku di West Midland, United Kingdom. Kanak-kanak tersebut ditemui maut bersama dua lagi mangsa yang cuba diselamatkannya yang masing-masing berusia 6 dan 11 tahun. Manakala mangsa keempat yang berusia 6 […]

Kategori
Luar Negara

Skuad England Tidak Pulang Tangan Kosong, Bawa Pulang Kucing Qatar Sebagai ‘Ganti’

SETELAH tewas menentang Perancis, skuad bola sepak England membuat keputusan untuk membawa pulang seekor kucing asal Qatar ke United Kingdom (UK) sebagai ganti kepada trofi siri Piala Dunia kali ini yang tidak berkesempatan diraih mereka. Skuad yang lebih dikenali sebagai Three Lions itu tidak akan meninggalkan Qatar dengan tangan kosong, malah sempat mengutip peluang untuk […]

Kategori
Luar Negara

Puluhan Ribu Orang Banjiri Kota Dhaka, Desak Perdana Menteri Letak Jawatan

IBU negara Bangladesh, Dhaka, lumpuh dengan polis antikeganasan diletakkan dalam keadaan siap siaga ketika puluhan ribu penyokong parti pembangkang berarak untuk mendesak Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan dan pilihan raya diadakan, lapor akhbar Arab News. Protes kelmarin adalah yang terbesar di Bangladesh sejak 2009 apabila kerajaan pimpinan parti Liga Awami berkuasa. Ia berlaku di […]

Kategori
Luar Negara

‘Pengampunan’ Akaun Twitter Yang Disekat Bermula Minggu Depan – Elon Musk

WASHINGTON, 25 Nov – Pemilik Twitter Elon Musk berkata pada Khamis akaun yang disekat akan ditarik balik bermula minggu depan. Langkah itu diambil susulan tinjauan yang dibuat baru-baru ini mengenai sama ada perlu memberikan “pengampunan” kepada akaun yang disekat telah mendapat lebih 3.1 juta undi menyaksikan 72.4 peratus responden bersetuju manakala 27.6 peratus tidak bersetuju. […]

Kategori
Luar Negara

Sekatan Ke Atas Rusia Akan Beri Kesan Terhadap KDNK Dunia – Bank Dunia

WASHINGTON, 15 Mac – Sekatan dikenakan Barat terhadap Rusia bakal memberi kesan mendalam kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global berbanding impak konflik, kata Presiden Bank Dunia, David Malpass, pada Isnin. Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual secara maya dengan The Washington Post, lapor Sputnik. Katanya, jika Moscow berusaha mencari jalan untuk menamatkan konflik […]

Kategori
Luar Negara

Tragedi MH17: Australia, Belanda Mulakan Tindakan Undang-Undang Terhadap Rusia

AUSTRALIA dan Belanda dilaporkan telah melancarkan tindakan undang-undang terhadap Rusia berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014. Kedua-dua negara melancarkan prosiding dalam Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, dengan menamakan Rusia sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden itu di bawah undang-undang antarabangsa. Pesawat itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, membunuh kesemua 298 […]

Kategori
Luar Negara

Thailand Secara Rasmi Tukar Nama Bangkok Kepada Krung Thep Maha Nakhon

PEJABAT Persatuan Diraja (ORST) telah mengumumkan pertukaran nama rasmi ibu negara Thailand, daripada Bangkok kepada Krung Thep Maha Nakhon. Walau bagaimanapun, nama Bangkok masih diiktiraf, lapor Bangkok Post Kabinet pada Selasa meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai nama negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota yang dikemas kini, seperti yang dicadangkan oleh ORST. Nama […]