Categories
Ringkas

Israel Beri Amaran Tidak Tunduk Desakan AS, Enggan Undur Dari Selatan Lubnan

BAITULMUQADDIS, 18 Jun – Hubungan antara Washington dan Tel Aviv dilaporkan terus menjadi perhatian apabila timbul perbezaan pendirian berhubung kehadiran tentera Israel di kawasan selatan Lubnan.

Dalam perkembangan terbaharu, Menteri Kanan Israel, Amichai Chikli memberi bayangan bahawa negara haramnya tidak bercadang untuk menarik balik pasukan keselamatan dari kawasan berhampiran sempadan yang dipertikaikan.

Chikli turut mempersoalkan kemungkinan Israel kembali ke Garisan Biru yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai garis pemisah sempadan antara Lubnan dan Israel.

“Langkah kembali ke Garisan Biru bukanlah keputusan yang tepat. Saya tidak melihat perkara itu akan berlaku,” katanya dalam wawancara yang dipetik media tempatan.

Malah, Chikli menegaskan negara haramnya bersedia mempertahankan pendirian sendiri walaupun berdepan tekanan daripada sekutu utama mereka.

“Jika keadaan memerlukan, kami tahu bagaimana untuk mengatakan ‘tidak’ kepada Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.

Kenyataan tersebut muncul selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan secara terbuka mengkritik operasi ketenteraan haram Israel di Lubnan yang mengakibatkan ramai penduduk awam menjadi mangsa.

Pada masa sama, Iran dilaporkan terus menegaskan bahawa sebarang penyelesaian jangka panjang di rantau itu perlu melibatkan pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari wilayah selatan Lubnan. – Al Jazeera via Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading