Categories
Ringkas

FIFA Siasat Isyarat Kontroversi Pegawai VAR Piala Dunia

LOS ANGELES, 15 Jun – Badan induk bola sepak dunia, FIFA dilaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pegawai VAR selepas tindakannya ketika aksi Piala Dunia mencetuskan kontroversi di media sosial.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika perlawanan Kumpulan Piala Dunia melibatkan Jerman dan Curacao yang menyaksikan skuad Eropah tersebut mencatat kemenangan besar 7-1.

Pegawai terbabit, Shaun Evans dari Australia, dilihat membentuk satu isyarat tangan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sebelum rakaman tersebut mula tular.

Isyarat berkenaan didakwa mempunyai kaitan dengan “lambang ketuanan kulit putih” dan simbol kumpulan ekstremis berhaluan kanan, walaupun ia juga sering digunakan masyarakat umum sebagai tanda “OK” atau persetujuan.

Menurut laporan media antarabangsa, Evans ketika itu berada di pusat operasi VAR bersama dua lagi pegawai iaitu Hamza El Fario dan Nicolas Gallo.

Rakaman tersebut turut menunjukkan Evans tersenyum sebelum membuat isyarat berkenaan dan kemudian memalingkan wajah daripada kamera.

Setakat ini, FIFA masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tindakan lanjut terhadap pengadil Liga-A Australia itu.

Bagaimanapun, laporan Telegraph mendakwa badan bola sepak dunia tersebut kini sedang meneliti sepenuhnya dakwaan yang timbul susulan video berkenaan. – Agensi via Harian Metro

Wartawan Share Rangers's avatar

By Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading