Categories
Ringkas

Indonesia Anggap Kempen Boikot Produknya Di Malaysia Bersifat Sementara

JAKARTA, 13 Okt – Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso, berpandangan bahawa kempen memboikot produk makanan dan minuman dari negaranya yang dipasarkan di Malaysia berkemungkinan tidak berpanjangan. Menurut beliau, pihaknya sudah menghubungi Atase Perdagangan serta Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkembangan tersebut. Budi turut memaklumkan bahawa hasil komunikasi dengan wakil […]

Categories
Ringkas

Kebakaran Hutan Di Indonesia Belum Reda, Jerebu Terus Jadi Kebimbangan Negara Jiran

JAKARTA, 12 Okt – Kebakaran hutan dan tanah belum reda di Indonesia dengan bilangan titik panas berkeyakinan tinggi meningkat untuk hari kedua berturut-turut kepada 909. Walaupun operasi pemadaman terus dilakukan, jerebu rentas sempadan yang menjejaskan negara jiran berlanjutan. Menurut Kementerian Perhutanan Indonesia, angka terbaharu, yang direkodkan setakat 9 malam waktu tempatan pada Ahad, meningkat daripada […]

Categories
Ringkas

Najib Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah Hingga Ogos 2028

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, selepas mendapat perkenan pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Kebenaran itu bagaimanapun disertai syarat pembayaran denda berjumlah RM50 juta, selain kewajipan mematuhi segala ketetapan yang dikenakan sepanjang […]

Categories
Ringkas

PH Hormati Kuasa Agong Dalam Isu Pengampunan Najib – Amirudin

PUTRAJAYA, 10 Sept – Pakatan Harapan (PH) menghormati sepenuhnya kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam memberikan pengampunan, termasuk berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu tidak pernah dipertikaikan, sebaliknya pendirian PH adalah berdasarkan pengiktirafan terhadap bidang […]

Categories
Ringkas

Juruterbang, Empat Petugas KKM Disahkan Maut Dalam Nahas Helikopter – Residen Miri

MIRI, 8 Sept – Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi. Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan […]

Categories
Ringkas

Indonesia Rancang Pembenihan Awan Atasi Abu Anak Krakatau

JAKARTA, 7 Sept – Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) sedang bersiap sedia menjalankan operasi pembenihan awan bagi membantu mengurangkan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau yang merebak ke beberapa kawasan di Jakarta Raya, Banten dan Lampung, lapor Agensi Berita Antara. Ketua BNPB Suharyanto pada Isnin berkata bahawa operasi itu akan dimulakan sebaik […]

Categories
Ringkas

Amanat Hari Kebangsaan: PM Umum Enam Ikhtiar Segera, Had BUDI95 Kembali 300 Liter

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Kerajaan mengambil enam langkah segera bagi membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, dengan pelaksanaannya ditetapkan bermula 1 September 2026. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara keputusan utama ialah mengembalikan had asas subsidi petrol BUDI95 kepada 300 liter sebulan, yang dijangka memanfaatkan lebih 16 juta pengguna RON95 bersubsidi. “Biasanya […]

Categories
Ringkas

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Sesak Susulan Cuti Panjang

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Aliran trafik bergerak perlahan dan sesak di beberapa lebuh raya utama setakat 6 petang ini, berikutan pertambahan kenderaan susulan cuti persekolahan dan Hari Kebangsaan yang bermula hujung minggu ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi pergerakan menghala ke utara, trafik dikesan bergerak perlahan dari Sungai Buloh menuju ke Bukit […]

Categories
Ringkas

Belanjawan 2027: Kerajaan Setuju Sedia Elaun Pelajar Tingkatan Enam – Anwar

BUKIT MERTAJAM, 28 Ogos – Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan bagi pemberian elaun kepada pelajar tingkatan enam dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira terdapat pelajar di peringkat berkenaan ketika ini tidak menerima sebarang elaun berbanding […]

Categories
Ringkas

Titik Panas Di Kalimantan Meningkat, Kualiti Udara 10 Kawasan Merosot

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Jumlah titik panas di Kalimantan meningkat 254 kepada 520 hari ini, manakala di Sumatera bertambah 12 kepada 176, berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC). Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Azuri Azizah Saedon berkata kepulan asap rentas sempadan sederhana sehingga tebal berpunca daripada kelompok titik panas di […]