Categories
Ringkas

Parlimen: Tiada Pengumuman Projek, Dasar Baharu Sepanjang Kempen Pilihan Raya – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang pengumuman projek atau dasar baharu pada mana-mana kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan. Beliau berkata ia selaras dengan peraturan di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). “Keputusan kita tetap, iaitu sebaik penamaan calon diumumkan, kempen boleh diteruskan, tapi […]

Categories
Ringkas

Dua Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Bom Di Narathiwat

NARATHIWAT, 29 Jun – Dua lelaki rakyat Malaysia cedera dalam kejadian letupan bom yang menyasarkan sebuah kenderaan pasukan sukarelawan keselamatan di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, hari ini. Ketua Polis Narathiwat Mejar Jeneral Polis Prayong Khoksakha berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.40 pagi waktu tempatan yang turut melibatkan sebuah kenderaan […]

Categories
Ringkas

Polis Tahan Enam Pelajar Lelaki Bantu Siasatan Kes Buli Di Muar

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Polis menahan enam pelajar lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar lelaki 14 tahun di sebuah sekolah di Muar pada Mei lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata semua suspek ditahan di sekitar Muar dan Alor Gajah, Melaka antara 1.30 hingga 2.12 pagi […]

Categories
Ringkas

Sukar Gambarkan Perasaan Raih Podium Utama Di GP Czech – Hakim Danish

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli atau Hakim Danish sukar menggambarkan perasaannya selepas merangkul kejuaraan sulung Moto3 musim ini pada perlumbaan Grand Prix (GP) Czech semalam. Hakim Danish, 18, berkata, kemenangan dilakar di Litar Brno sangat istimewa buatnya, pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI serta seluruh peminat di Malaysia selepas berdepan […]

Categories
Ringkas

Piala Dunia 2026: Almiron Pemain Pertama Dilayang Kad Merah Kerana Tutup Mulut

SANTA CLARA, 20 Jun – Pemain Paraguay, Miguel Almiron menjadi pemain pertama dalam sejarah Piala Dunia yang dilayangkan kad merah kerana menutup mulutnya ketika terlibat dalam satu pertengkaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Almiron diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Ivan Barton dari El Salvador pada masa kecederaan babak pertama selepas semakan video (VAR) mendapati […]

Categories
Ringkas

PM Seru Rakyat Tolak Kempen Politik Perkauman

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan kempen politik yang memecah-belahkan masyarakat berdasarkan kaum. Beliau berkata terlalu banyak kempen politik ketika ini tertumpu kepada sentimen perkauman sedangkan isu sebenar yang perlu diberikan perhatian ialah kebajikan dan masa depan rakyat serta nilai kemanusiaan dalam pentadbiran negara. […]

Categories
Ringkas

Cadangan Elaun Pelajar Tingkatan Enam Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet Minggu Depan – Fadhlina

BUTTERWORTH, 13 Jun – Cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata perkara itu akan disampaikan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang dari lawatan ke Turkmenistan. “Kita memahami keutamaan dan harapan anak-anak Tingkatan Enam dan perkara ini masih kita […]

Categories
Ringkas

PRN Johor Ditetapkan 11 Julai, Negeri Sembilan Pada 1 Ogos – SPR

PUTRAJAYA, 12 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon PRN Johor pula ditetapkan pada 27 Jun, manakala bagi Negeri Sembilan pada 18 Julai. Sementara itu, tarikh pengundian […]

Categories
Ringkas

Malaysia Tunggu Maklum Balas Thailand Sebelum Nilai Semula Import Udang

KUALA NERUS, 8 Jun – Malaysia sedang menunggu maklum balas daripada pihak Thailand bagi soal selidik berkaitan import udang sebelum menilai tahap pematuhan aspek biosekuriti negara itu susulan tindakan penggantungan sementara kemasukan lima spesies udang dari negara berkenaan. Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah meminta Thailand membalas soal […]

Categories
Ringkas

Jaslinda Temui Dua Nota Pesanan Pasukan SAR Di Kem Air Busok – Bomba

TAPAH, 7 Jun – Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, menjumpai dua nota yang ditinggalkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Kem Air Busok. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata nota berkenaan ada bersama Jaslinda ketika ditemukan […]