Kategori
Berita

93 Peratus AEFI Dilaporkan Tidak Serius – NPRA

PUTRAJAYA, 16 Feb – Majoriti atau 93 peratus daripada Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 yang dilaporkan adalah tidak serius, menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohamad Sani berkata Sistem Pelaporan AEFI NPRA menerima 24,990 laporan AEFI termasuk 1,104 laporan melibatkan dos penggalak vaksin COVID-19 dan lapan laporan bagi penerima […]

Kategori
Berita

Buat Aduan Di ‘Helpdesk’ MySejahtera, Rujuk PPV Jika Hadapi Masalah Teknikal Dos Penggalak

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi mereka menerima vaksin bagi mendapatkan bantuan lanjut. Ketua data di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Dr Mahesh Appannan berkata individu yang sudah menerima dos […]

Kategori
Berita

Polis Pergiat Operasi, Pautau Penjualan Sijil Vaksinasi Palsu – KPN

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat operasi dan pemantauan secara menyeluruh dalam mengesan pihak disyaki terlibat dengan sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu di seluruh negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau tidak menolak kemungkinan sindiket sedemikian wujud di negeri-negeri lain. “Oleh demikian, saya telah mengarahkan ketua-ketua […]

Kategori
Luar Negara

Dos Penggalak Mungkin Tidak Mencukupi – WHO

GENEVA, 12 Jan – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron. Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang […]

Kategori
Berita

Polis Bongkar Kegiatan Penjualan Sijil Digital Vaksinasi Palsu

KUALA TERENGGANU, 10 Jan – Polis Terengganu berjaya membongkarkan kegiatan seorang doktor yang menjual sijil digital vaksinasi dipercayai palsu kepada individu yang tidak mahu disuntik vaksin COVID-19 selepas ditahan sepasukan polis pada Sabtu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tangkapan terhadap seorang doktor lelaki berusia 51 tahun di sebuah klinik swasta di Marang […]

Kategori
Berita

P. Pinang Mula Beri Dos Penggalak Sinovac Pada Disember

GEORGE TOWN, 30 Nov – Pulau Pinang akan mula memberikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac sebagai suntikan dos penggalak pada Disember ini sebagai langkah meningkatkan jumlah penerima dos penggalak di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Norlela Ariffin berkata kerajaan negeri memilih pendekatan itu kerana terdapat penerima […]

Kategori
Berita

Pendaftaran Secara ‘Walk-in’ Suntikan Dos Penggalak Bermula 22 November Ini

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak (booster shot) kini boleh membuat pendaftaran secara ‘walk-in‘. Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in‘ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara bermula 22 November 2021. Pendaftaran […]

Kategori
Berita

8 Permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 Dilulus, Libatkan RM132,500

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sebanyak lapan permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 diluluskan oleh Jawatankuasa Induk dengan sejumlah RM132,500 dalam proses pembayaran. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam jawapan yang disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan ia adalah antara 77 permohonan bagi bantuan itu yang diterima oleh kementerian berkenaan sehingga 5 Nov lepas. Selain […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Bermula Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. “Pihak Pfizer […]

Kategori
Berita

Thailand Bakal Sambut Pengembara Lengkap Divaksin, Termasuk Malaysia

BANGKOK, 22 Okt – Thailand bakal menyambut ketibaan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19, dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Malaysia yang akan dikecualikan menjalani kuarantin mulai 1 Nov. Pelawat dari negara dan wilayah yang dikecualikan kuarantin wajib termasuk Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat, dan United Kingdom. Perdana […]