Categories
Ringkas

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Keselamatan Di Selatan Thailand – Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar. Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi […]

Categories
Ringkas

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Kolok, 1,560 Biji Epam Dirampas

NARATHIWAT, 21 Ogos – Dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Kolok di sini Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka. Ketua Polis Sungai Kolok Kol. Thun Sirikhunt ketika dihubungi Bernama berkata kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun dari Kelantan itu ditahan kira-kira 10.30 […]

Categories
Ringkas

Dua Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Bom Di Narathiwat

NARATHIWAT, 29 Jun – Dua lelaki rakyat Malaysia cedera dalam kejadian letupan bom yang menyasarkan sebuah kenderaan pasukan sukarelawan keselamatan di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, hari ini. Ketua Polis Narathiwat Mejar Jeneral Polis Prayong Khoksakha berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.40 pagi waktu tempatan yang turut melibatkan sebuah kenderaan […]

Categories
Ringkas

Malaysia Tunggu Maklum Balas Thailand Sebelum Nilai Semula Import Udang

KUALA NERUS, 8 Jun – Malaysia sedang menunggu maklum balas daripada pihak Thailand bagi soal selidik berkaitan import udang sebelum menilai tahap pematuhan aspek biosekuriti negara itu susulan tindakan penggantungan sementara kemasukan lima spesies udang dari negara berkenaan. Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah meminta Thailand membalas soal […]

Categories
Ringkas

Insiden Sungai Golok: Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand – Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU, 3 Nov – Suspek kes tembak maut seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu lepas, yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan, telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya dimaklumkan secara tidak rasmi tentang penyerahan diri suspek berumur 31 […]

Categories
Ringkas Ekspres

Usaha Pita Untuk Jadi PM Thailand Berakhir Pada Rabu

Usaha pemimpin parti Move Forward (MFP) Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menjadi perdana menteri berakhir pada Rabu. Parlimen dwidewan telah menolak pencalonan semula Pita untuk undian kedua bagi jawatan perdana menteri hari ini. Sebanyak 394 ahlinya menentang pencalonan semula Pita sebagai calon perdana menteri manakala 312 lagi menyokong dan lapan berkecuali. Seseorang tidak menggunakan hak untuk […]

Categories
Luar Negara

Thailand Secara Rasmi Tukar Nama Bangkok Kepada Krung Thep Maha Nakhon

PEJABAT Persatuan Diraja (ORST) telah mengumumkan pertukaran nama rasmi ibu negara Thailand, daripada Bangkok kepada Krung Thep Maha Nakhon. Walau bagaimanapun, nama Bangkok masih diiktiraf, lapor Bangkok Post Kabinet pada Selasa meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai nama negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota yang dikemas kini, seperti yang dicadangkan oleh ORST. Nama […]