Categories
Ringkas

Trump Arah Siasatan Terhadap Syarikat Minyak, Persoal Harga Petrol Masih Tinggi

WASHINGTON, 24 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Jabatan Kehakiman (DOJ) menyiasat syarikat-syarikat minyak utama negara itu susulan kegagalan harga petrol di pasaran runcit turun seiring dengan penurunan harga minyak mentah dunia. Menerusi satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyatakan rasa tidak puas hati terhadap situasi berkenaan dan berpendapat pengguna sepatutnya […]

Categories
Ringkas

AS, Iran Capai Kemajuan Awal Dalam Rundingan Damai Di Geneva

GENEVA, 23 Jun – Rundingan damai peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Switzerland dilaporkan mencatat perkembangan positif dalam usaha meredakan ketegangan geopolitik di Asia Barat. Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Ghalibaf berkata, siri rundingan itu membuahkan hasil memberangsangkan, khususnya dalam perbincangan berkaitan keselamatan selat, situasi di Lubnan, pengecualian sekatan minyak serta pelepasan […]

Categories
Ringkas

Israel Beri Amaran Tidak Tunduk Desakan AS, Enggan Undur Dari Selatan Lubnan

BAITULMUQADDIS, 18 Jun – Hubungan antara Washington dan Tel Aviv dilaporkan terus menjadi perhatian apabila timbul perbezaan pendirian berhubung kehadiran tentera Israel di kawasan selatan Lubnan. Dalam perkembangan terbaharu, Menteri Kanan Israel, Amichai Chikli memberi bayangan bahawa negara haramnya tidak bercadang untuk menarik balik pasukan keselamatan dari kawasan berhampiran sempadan yang dipertikaikan. Chikli turut mempersoalkan […]

Categories
Ringkas

FIFA Setuju Bayar Pampasan Penuh Kepada Omar Artan

FIFA mengesahkan pengadil Somalia, Omar Artan tetap akan menerima bayaran penuh sekitar USD100,000 (RM472,000) meskipun tidak sempat mengendalikan sebarang perlawanan di Piala Dunia 2026. Keputusan itu dibuat selepas timbul pelbagai kritikan terhadap FIFA dan pihak berkuasa Amerika Syarikat susulan insiden membabitkan pengadil berkenaan baru-baru ini. Omar Artan sebelum ini dilaporkan dihalang memasuki Amerika Syarikat ketika […]

Categories
Ringkas

Konflik Asia Barat: Trump Setuju Gantung Serangan Ke Atas Iran Selama Dua Minggu

WASHINGTON, 8 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa telah bersetuju untuk menggantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama tempoh dua minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz oleh negara Republik Islam itu. Perkara tersebut diumumkan Trump menerusi satu hantaran di media sosial pada Rabu, susulan perbualannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz […]

Categories
Ringkas

Ahli Parlimen AS Mahu Trump Disingkirkan Selepas Ancam Serang Infrastruktur Iran

WASHINGTON, 7 April – Beberapa ahli parlimen Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang menggerakkan usaha mengguna pakai Pindaan Ke-25 Perlembagaan negara itu bagi menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada jawatan. Langkah drastik itu diambil susulan ancaman terbaharu Trump untuk menyerang infrastruktur awam di Iran, yang menurut pakar undang-undang antarabangsa, boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang di bawah Konvensyen […]

Categories
Ringkas

Iran Beri Amaran Penutupan Jangka Panjang Selat Hormuz Kepada AS, Israel

TEHRAN, 3 April – Seorang jurucakap kanan Angkatan Tentera Iran berkata Selat Hormuz akan ditutup kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk tempoh yang sangat panjang, lapor Agensi Berita Mehr (MNA). Bercakap dalam temu bual dengan televisyen kerajaan pada lewat Khamis, Jurucakap Staf Am Angkatan Tentera Brigedier Jeneral Abolfazl Shekarchi menegaskan bahawa pihak berkuasa Iran […]

Categories
Ringkas

AS Sedang Bina ‘Kompleks Besar’ Tentera Di Bawah Rumah Putih – Trump

WASHINGTON, 30 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Ahad bahawa pihak tentera negara itu sedang membina “kompleks besar” di bawah dewan besar di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA). “Pihak tentera sedang membina kompleks besar di bawah dewan itu dan sedang dalam pembinaan, dan kami melakukannya dengan sangat baik, jadi kami […]

Categories
Ringkas

Trump Tegaskan AS Bercakap Dengan Pihak Yang “Tepat” Di Iran

ISTANBUL, 25 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa, Washington sedang berhubung dengan pihak yang “tepat” di Iran dan Tehran sangat berhasrat untuk mencapai perjanjian bagi menamatkan perang yang sedang berlaku, lapor Anadolu Ajansi (AA). “Tiada siapa tahu hendak bercakap dengan siapa, tetapi kami sebenarnya bercakap dengan orang yang tepat,” kata […]

Categories
Ringkas

Iran Tegaskan Perang Hanya Tamat Jika Serangan AS-Israel Dihentikan

TEHRAN, 3 Mac – Iran menyatakan pada Selasa bahawa peperangan yang sedang berlaku antara negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel hanya akan berakhir “apabila serangan ke atasnya dihentikan,” lapor Anadolu Ajansi (AA). Bercakap kepada pemberita di sebuah sekolah rendah yang terkena serangan AS-Israel di Tehran, jurucakap Kementerian Luar, Esmaeil Baghaei berkata peperangan itu […]