Categories
Ringkas

Daripada 50,000 Ke Jutaan Pengikut, Aksi Vozinha Di Piala Dunia Jadi Fenomena

ATLANTA, 16 Jun – Nama penjaga gol Cape Verde, Vozinha tiba-tiba menjadi perhatian dunia selepas aksi cemerlangnya membantu pasukan itu mengikat Sepanyol tanpa jaringan dalam perlawanan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Penjaga gol berusia 40 tahun itu mempamerkan persembahan luar biasa apabila beberapa kali menggagalkan percubaan berbahaya lawan, sekali gus memainkan peranan besar menghadiahkan satu mata berharga buat negaranya dalam penampilan sulung di kejohanan berprestij itu.

Prestasi mantap pemain kelab Chaves dari Portugal itu turut mencuri perhatian pengulas Caze TV dari Brazil yang mengajak penonton mengikuti akaun Instagram miliknya ketika siaran langsung berlangsung.

Tidak sampai seminit selepas seruan dibuat, jumlah pengikut Vozinha meningkat mendadak kepada ratusan ribu sebelum terus melonjak sepanjang perlawanan berlangsung.

Menjelang tamat aksi, akaun media sosialnya yang sebelum ini hanya memiliki sekitar 50,000 pengikut sudah melepasi angka sejuta dan terus bertambah kepada jutaan pengikut dalam tempoh singkat.

Vozinha yang menerima penarafan tinggi daripada WhoScored turut merekodkan tujuh penyelamatan penting ketika Cape Verde mengejutkan ramai pihak dengan keputusan seri menentang bekas juara dunia itu.

Selepas tamat perlawanan, pemain berpengalaman yang sudah membuat 89 penampilan antarabangsa sejak 2012 itu dilihat gagal menahan emosi ketika diraikan rakan sepasukan di bilik persalinan.

“Saya sangat beremosi mengenangkan datuk dan nenek yang membesarkan saya ketika kecil. Mereka sudah tiada untuk melihat detik ini. Ibu saya juga tidak dapat hadir kerana masalah visa dan kos perjalanan,” katanya. – Agensi via Harian Metro

Wartawan Share Rangers's avatar

By Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading