Categories
Ringkas

Ronaldo Hadiahkan Kemenangan Buat Jota

TORONTO, 3 Julai – Portugal memastikan tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Croatia 2-1 dalam aksi penuh dramatik, sekali gus menempah pertemuan dengan Sepanyol. Croatia terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Ivan Perisic pada minit ke-53 sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti 15 minit kemudian. Ketika perlawanan seakan […]

Categories
Ringkas

Iran Terpaksa Tunggu Nasib Selepas Sekadar Seri Dengan Mesir

SEATTLE, 27 Jun – Harapan Iran untuk meneruskan kemaraan ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia masih belum pasti selepas mereka sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Mesir dalam aksi terakhir Kumpulan G. Mesir yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila Mahmoud Saber meledak gol pembukaan seawal minit kelima. Bagaimanapun, […]

Categories
Ringkas

Salah Bawa Mesir Lakar Kemenangan Bersejarah

VANCOUVER, 22 Jun – Mesir akhirnya meraih kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia selepas bangkit menundukkan New Zealand 3-1 dalam aksi Kumpulan G di Stadium BC Place, Kanada. Keputusan itu meletakkan skuad itu di tangga teratas kumpulan dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri. Walaupun tampil dengan status pilihan, […]

Categories
Ringkas

Ibu Vozinha Akhirnya Berpeluang Saksikan Anaknya Beraksi

MIAMI, 22 Jun – Penjaga gol Cape Verde, Vozinha sekali lagi menjadi tumpuan pada Piala Dunia 2026, namun kali ini dengan kehadiran insan paling istimewa dalam hidupnya di stadium. Sebelum ini, penjaga gol berusia 40 tahun itu meraih pujian selepas mempamerkan aksi luar biasa dengan tujuh penyelamatan ketika membantu Cape Verde mengikat Sepanyol tanpa jaringan […]

Categories
Ringkas

Penyokong Jepun Rai Kemenangan Dengan Bersihkan Stadium

MONTERREY, 21 Jun – Kemenangan 4-0 Jepun ke atas Tunisia dalam aksi Piala Dunia bukan sahaja mencuri perhatian di atas padang, malah turut menyerlahkan sikap terpuji penyokong Samurai Biru di tempat duduk penonton. Sebaik wisel penamat dibunyikan, ramai penyokong Jepun tidak terus meninggalkan stadium, sebaliknya mengambil beg sampah dan mengutip sisa yang ditinggalkan di sekitar […]

Categories
Ringkas

Samurai Biru Berpesta Gol, Tunisia Tersungkur Awal

MONTERREY, 21 Jun – Jepun meneruskan rentak cemerlang di Piala Dunia 2026 apabila membenam Tunisia 4-0 dalam aksi Kumpulan F di Stadium Monterrey, Mexico tengah hari tadi. Kemenangan itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila perlawanan berkenaan menjadi aksi ke-1,000 dalam sejarah kejohanan Piala Dunia FIFA. Skuad Samurai Biru kini mengumpul empat mata dan berkongsi kedudukan […]

Categories
Ringkas

Piala Dunia 2026: Almiron Pemain Pertama Dilayang Kad Merah Kerana Tutup Mulut

SANTA CLARA, 20 Jun – Pemain Paraguay, Miguel Almiron menjadi pemain pertama dalam sejarah Piala Dunia yang dilayangkan kad merah kerana menutup mulutnya ketika terlibat dalam satu pertengkaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Almiron diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Ivan Barton dari El Salvador pada masa kecederaan babak pertama selepas semakan video (VAR) mendapati […]

Categories
Ringkas

Aguirre Kekal Rendah Diri, Sifatkan Misi Sebenar Baru Bermula Buat Mexico

GUADALAJARA, 19 Jun – Mexico mengesahkan status sebagai juara Kumpulan A selepas menewaskan Korea Selatan 1-0, sekali gus menjadi pasukan pertama yang berjaya menempah tiket ke pusingan kalah mati (32 terbaik) Piala Dunia 2026. Walaupun kejayaan itu mengulangi pencapaian Mexico pada edisi 2002, ketua jurulatih Javier Aguirre memilih untuk tidak terlalu memikirkan rekod berkenaan. “Saya […]

Categories
Ringkas

Kanada Belasah Qatar 6-0, Jonathan David Ledak Hatrik

VANCOUVER, 19 Jun – Kanada mempamerkan aksi bertenaga apabila mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Qatar dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas kumpulan. Bintang utama perlawanan sudah pasti Jonathan David yang muncul wira pasukan selepas menghasilkan hatrik untuk membantu skuad tuan rumah bersama itu meraih tiga mata […]

Categories
Ringkas

Messi Ledak Hatrik Pertama Piala Dunia Di Usia 38 Tahun

LIONEL Messi sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila meledak tiga gol dalam kemenangan 3-0 Argentina ke atas Algeria pada aksi pembukaan Kumpulan J Piala Dunia 2026 di Stadium Arrowhead, awal pagi tadi. Pada usia 38 tahun, kapten Argentina itu membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila mencatat hatrik pertamanya dalam sejarah penampilan beliau di pentas Piala Dunia, […]