Categories
Ringkas

Trump Arah Siasatan Terhadap Syarikat Minyak, Persoal Harga Petrol Masih Tinggi

WASHINGTON, 24 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Jabatan Kehakiman (DOJ) menyiasat syarikat-syarikat minyak utama negara itu susulan kegagalan harga petrol di pasaran runcit turun seiring dengan penurunan harga minyak mentah dunia. Menerusi satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyatakan rasa tidak puas hati terhadap situasi berkenaan dan berpendapat pengguna sepatutnya […]

Categories
Ringkas

AS, Iran Capai Kemajuan Awal Dalam Rundingan Damai Di Geneva

GENEVA, 23 Jun – Rundingan damai peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Switzerland dilaporkan mencatat perkembangan positif dalam usaha meredakan ketegangan geopolitik di Asia Barat. Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Ghalibaf berkata, siri rundingan itu membuahkan hasil memberangsangkan, khususnya dalam perbincangan berkaitan keselamatan selat, situasi di Lubnan, pengecualian sekatan minyak serta pelepasan […]

Categories
Ringkas

Israel Beri Amaran Tidak Tunduk Desakan AS, Enggan Undur Dari Selatan Lubnan

BAITULMUQADDIS, 18 Jun – Hubungan antara Washington dan Tel Aviv dilaporkan terus menjadi perhatian apabila timbul perbezaan pendirian berhubung kehadiran tentera Israel di kawasan selatan Lubnan. Dalam perkembangan terbaharu, Menteri Kanan Israel, Amichai Chikli memberi bayangan bahawa negara haramnya tidak bercadang untuk menarik balik pasukan keselamatan dari kawasan berhampiran sempadan yang dipertikaikan. Chikli turut mempersoalkan […]

Categories
Ringkas

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 150 Liter – Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Kuota 200 liter RON95 di bawah Program Budi Madani 95 (BUDI95) mungkin dikurangkan kerajaan bagi menjamin bekalan bahan api negara dalam mendepani krisis bekalan global, susulan konflik geopolitik Asia Barat. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, data semasa menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan petrol di bawah paras yang dicadangkan […]

Categories
Ringkas

SUKMA Wajar Ditangguh Sehingga Krisis Asia Barat Selesai – Sultan Selangor

SHAH ALAM, 20 April – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berpandangan penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di negeri itu wajar ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai. Sultan Sharafuddin bertitah penangguhan itu juga wajar sehingga pembangunan semula Stadium Shah Alam siap sepenuhnya. “Berhubung penganjuran SUKMA oleh Negeri Selangor, beta difahamkan peruntukan yang diperlukan adalah […]

Categories
Ringkas

Shell Mohon Maaf Susulan Isu Kekurangan Bekalan Bahan Api

SHELL Malaysia Trading Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang memberi tumpuan penuh terhadap usaha memastikan bekalan bahan api kekal stabil di seluruh rangkaian stesen mereka, susulan perkembangan terkini berkaitan dasar kerajaan. Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan komitmen berterusan untuk mengekalkan ketersediaan petrol dan diesel agar pelanggan tidak terjejas dalam tempoh semasa. Menurut Shell, […]

Categories
Ringkas

Konflik Asia Barat: Trump Setuju Gantung Serangan Ke Atas Iran Selama Dua Minggu

WASHINGTON, 8 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa telah bersetuju untuk menggantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama tempoh dua minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz oleh negara Republik Islam itu. Perkara tersebut diumumkan Trump menerusi satu hantaran di media sosial pada Rabu, susulan perbualannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz […]

Categories
Ringkas

Bekalan Tenaga Dijamin Hingga Mei, Namun Jun Dijangka Cabaran Terbesar

PUTRAJAYA, 7 April – Kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga yang stabil sehingga akhir Mei, namun Jun dan bulan-bulan seterusnya dijangka menjadi cabaran terbesar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasir pada Selasa. Beliau berkata, ikhtiar sedang digerakkan untuk memastikan kelangsungan bekalan, termasuk dari sudut pengurusan permintaan atau penggunaan. “Sementara kerajaan memberi jaminan bekalan stabil untuk April dan […]

Categories
Ringkas

Ahli Parlimen AS Mahu Trump Disingkirkan Selepas Ancam Serang Infrastruktur Iran

WASHINGTON, 7 April – Beberapa ahli parlimen Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang menggerakkan usaha mengguna pakai Pindaan Ke-25 Perlembagaan negara itu bagi menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada jawatan. Langkah drastik itu diambil susulan ancaman terbaharu Trump untuk menyerang infrastruktur awam di Iran, yang menurut pakar undang-undang antarabangsa, boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang di bawah Konvensyen […]

Categories
Ringkas

Iran Beri Amaran Penutupan Jangka Panjang Selat Hormuz Kepada AS, Israel

TEHRAN, 3 April – Seorang jurucakap kanan Angkatan Tentera Iran berkata Selat Hormuz akan ditutup kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk tempoh yang sangat panjang, lapor Agensi Berita Mehr (MNA). Bercakap dalam temu bual dengan televisyen kerajaan pada lewat Khamis, Jurucakap Staf Am Angkatan Tentera Brigedier Jeneral Abolfazl Shekarchi menegaskan bahawa pihak berkuasa Iran […]