Kategori
Berita

Amaran Hujan Berterusan Di Terengganu, Pahang, Johor Dan Kelantan Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan yang dijangka berlaku sehingga esok. MetMalaysia dalam kenyataan berkata hujan lebat berterusan (peringkat buruk) diramalkan berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman; Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Kluang, Mersing, […]

Kategori
Berita

Majlis Pemulihan Negara Dibatalkan, GIACC Diteliti – PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Dis – Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan dibatalkan penubuhannya kerana ia adalah antara satu badan yang berlaku pertindihan, dan merupakan jawatan yang diletakkan bagi memenuhi keperluan ketika itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya cadangan untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) pula akan diteliti, kerana dilihat berlaku pertindihan […]

Kategori
Berita

Ahli Parlimen Cadang Waktu Bersidang Bermula 2 Petang – Speaker

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Ahli-ahli Parlimen telah mengemukakan cadangan antaranya memulakan waktu mesyuarat persidangan Dewan Rakyat pada 2 petang berbanding 10 pagi yang diamalkan sekarang. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata cadangan yang telah dikemukakan kepadanya itu untuk mentransformasi perjalanan sidang Parlimen bagi membolehkan Jemaah Menteri menjalankan urusan pentadbiran masing-masing sebelum hadir ke persidangan Dewan […]

Kategori
Berita

Dewan Negara Lulus Peruntukan Khas Perbelanjaan Perkhidmatan RM107.72 Bilion

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 melibatkan perbelanjaan perkhidmatan RM107.72 bilion. Rang undang-undang yang diusulkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan itu diluluskan dengan suara majoriti Ahli Dewan Negara selepas dibahaskan oleh enam Senator. Terdahulu, semasa menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Ahmad berkata Kerajaan Perpaduan […]

Kategori
Berita

Banjir: Tiga Masjid Utama Adakan Solat Hajat

PUTRAJAYA, 21 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat berikutan bencana banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat itu akan diadakan di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan […]

Kategori
Berita

Tanah Runtuh: Operasi SAR Berkemungkinan Diteruskan Sehingga Semua Mangsa Ditemui

BATANG KALI, 21 Dis – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, mungkin diteruskan sehingga kesemuanya ditemui. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, hal itu akan dibincangkan bersama pelbagai […]

Kategori
Berita

Tanah Runtuh: Operasi SAR Diteruskan Hari Keenam

BATANG KALI, 21 Dis – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya Jumaat lepas, diteruskan pagi ini. Operasi berkenaan memasuki hari keenam hari ini selepas ditangguhkan pada 12 tengah malam tadi. Sebelum operasi ditangguhkan, anggota penyelamat menemukan mayat […]

Kategori
Berita

Gajah Sesat Masuk Penjara Kluang

KLUANG, 21 Dis – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor hari ini mengesahkan berlaku kejadian seekor gajah dipercayai tersesat dan memasuki kawasan Penjara Kluang, di sini, Isnin lepas. Pengarahnya Aminuddin Jamin berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pihak Penjara Kluang pada 10 malam dan menggegaskan tiga petugas jabatan itu ke lokasi. […]

Kategori
Berita

Tanah Runtuh: Kesemua Mangsa Terima Rawatan Di Hospital Dibenar Pulang – Nadma

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, […]

Kategori
Berita

Tanah Runtuh: Bomba Jumpa Selimut, Peralatan Perkhemahan

BATANG KALI, 20 Dis – Anggota penyelamat menemukan selimut, tong dan peralatan perkhemahan di sektor C (Riverside) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini yang memasuki hari kelima hari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Md Ismail berkata selain […]