Categories
Ringkas

PRN Johor: “Kalau Nak Letak Jawatan, Silakan” – Tok Mat Jawab Kenyataan Nga Kor Ming

MUAR, 30 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk meletakkan jawatan sekiranya senario tertentu berlaku sebagai keputusan peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut beliau, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN hanya melibatkan pembentukan kerajaan negeri dan […]

Categories
Ringkas

Parlimen: Tiada Pengumuman Projek, Dasar Baharu Sepanjang Kempen Pilihan Raya – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang pengumuman projek atau dasar baharu pada mana-mana kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan. Beliau berkata ia selaras dengan peraturan di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). “Keputusan kita tetap, iaitu sebaik penamaan calon diumumkan, kempen boleh diteruskan, tapi […]

Categories
Ringkas

PRN Johor Ditetapkan 11 Julai, Negeri Sembilan Pada 1 Ogos – SPR

PUTRAJAYA, 12 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon PRN Johor pula ditetapkan pada 27 Jun, manakala bagi Negeri Sembilan pada 18 Julai. Sementara itu, tarikh pengundian […]

Categories
Ringkas

PRN: PM Anwar Dijangka Lancar Jentera PH Johor Malam Esok

JOHOR BAHRU, 5 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijadual melancarkan jentera PH negeri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, malam esok. Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pelancaran itu dijadual berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: BN Lancar Jentera Pilihan Raya Ahad Ini

JOHOR BAHRU, 3 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Educity, Kota Iskandar, Ahad ini. Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: SPR Sedia Tentukan Garis Masa Selepas Notis Rasmi Diterima

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman oleh Menteri Besar Johor, […]

Categories
Berita

Sultan Johor Akan Putuskan Mengenai MB Petang Ini – Hasni

JOHOR BAHRU, 14 Mac – Persoalan siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor akan diputuskan petang ini oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Hasni Mohammad. Beliau berkata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Johor hari ini berhubung perkara itu. “Terpulang kepada keputusan […]