Categories
Ringkas

Amanat Hari Kebangsaan: PM Umum Enam Ikhtiar Segera, Had BUDI95 Kembali 300 Liter

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Kerajaan mengambil enam langkah segera bagi membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, dengan pelaksanaannya ditetapkan bermula 1 September 2026. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara keputusan utama ialah mengembalikan had asas subsidi petrol BUDI95 kepada 300 liter sebulan, yang dijangka memanfaatkan lebih 16 juta pengguna RON95 bersubsidi. “Biasanya […]

Categories
Ringkas

Belanjawan 2027: Kerajaan Setuju Sedia Elaun Pelajar Tingkatan Enam – Anwar

BUKIT MERTAJAM, 28 Ogos – Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan bagi pemberian elaun kepada pelajar tingkatan enam dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira terdapat pelajar di peringkat berkenaan ketika ini tidak menerima sebarang elaun berbanding […]

Categories
Ringkas

PM Umum Peruntukan Tambahan RM1 Juta Kepada Setiap Parlimen

MELAKA, 16 Ogos – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara yang akan disalurkan secara terus untuk memastikan keperluan dan bantuan mendesak rakyat dapat dilaksanakan segera. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membolehkan keperluan rakyat, khususnya membabitkan kebajikan, kemudahan asas dan masalah setempat ditangani dengan lebih […]

Categories
Ringkas

AUKU Akan Dimansuhkan, Beri Kebebasan, Demokrasi Lebih Luas Kepada Mahasiswa – PM Anwar

MELAKA, 15 Ogos – Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan yang dikemukakan kepimpinan mahasiswa, yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan. […]

Categories
Ringkas

Tingkatan Enam Kekal Di Bawah KPM Buat Masa Ini – PM

PUTRAJAYA, 28 Julai – Pengurusan pelajar tingkatan enam akan terus dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) buat sementara waktu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, cadangan meletakkan pengurusan pra-universiti itu di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) masih memerlukan penelitian sebelum dapat dilaksanakan. “Buat masa sekarang saya putuskan supaya pra-universiti tingkatan enam ini masih […]

Categories
Ringkas

F1 Di Sepang: Anwar Pertimbang Perkenal Tiket MADANI

PORT DICKSON, 27 Julai – Kerajaan sedang meneliti cadangan memperkenalkan tiket MADANI bagi perlumbaan Formula 1 (F1) GP Bahrain Gulf Air 2026 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC) yang dijadual berlangsung pada Oktober ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu dipertimbangkan selepas menerima pelbagai maklum balas mengenai harga tiket perlumbaan yang mengikut […]

Categories
Ringkas

PM Seru Rakyat Tolak Kempen Politik Perkauman

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan kempen politik yang memecah-belahkan masyarakat berdasarkan kaum. Beliau berkata terlalu banyak kempen politik ketika ini tertumpu kepada sentimen perkauman sedangkan isu sebenar yang perlu diberikan perhatian ialah kebajikan dan masa depan rakyat serta nilai kemanusiaan dalam pentadbiran negara. […]

Categories
Ringkas

Kerajaan Akan Perinci Syarat Kemasukan Pelajar UEC, Tahfiz Ke Universiti – PM

SEREMBAN, 15 Mei 2026 – Kerajaan akan memperincikan keputusan membenarkan lepasan institusi tahfiz dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), untuk melanjutkan pengajian dalam program terpilih di universiti awam (UA). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin langkah itu akan diterima baik oleh semua pihak memandangkan ia memberi […]

Categories
Ringkas

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri Bermula Tengah Malam 18 Mac

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, dengan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol. “Diskaun tol ini akan […]

Categories
Ringkas

Naik Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Didesak – PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Perdana Menteri menjelaskan, keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam. Sebaliknya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dilakukan kerana wujud keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun lalu. Menurutnya, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang […]