Categories
Ringkas

BN Kekalkan Mandat Tadbir Johor, Menang 48 Daripada 56 Kerusi DUN

JOHOR BAHRU, 12 Julai – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan mandat mentadbir Johor selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 semalam sekali gus membentuk semula kerajaan negeri dengan majoriti lebih besar. Kemenangan itu menyaksikan BN menambah lapan kerusi berbanding 40 kerusi yang dimenangi pada 2022 sekali […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: SPR Minta Majikan Beri Tempoh Munasabah Untuk Pekerja Keluar Mengundi

JOHOR BAHRU, 9 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua majikan memberikan tempoh yang munasabah kepada pekerja yang berdaftar dan layak sebagai pemilih untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Sabtu ini. Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kekhuatiran orang ramai berhubung kemungkinan terdapat […]

Categories
Ringkas

PRN Johor Ditetapkan 11 Julai, Negeri Sembilan Pada 1 Ogos – SPR

PUTRAJAYA, 12 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon PRN Johor pula ditetapkan pada 27 Jun, manakala bagi Negeri Sembilan pada 18 Julai. Sementara itu, tarikh pengundian […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: SPR Sedia Tentukan Garis Masa Selepas Notis Rasmi Diterima

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman oleh Menteri Besar Johor, […]

Categories
Ringkas

Tiada PRK Parlimen Pandan, Setiawangsa Dijalankan – SPR

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan susulan tindakan bekas Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengosongkan kerusi masing-masing. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan berkata, berdasarkan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari […]

Categories
PRU-15

Tiada Parti Dapat Majoriti Mudah Kerusi Parlimen – Pengerusi SPR

PUTRAJAYA, 20 Nov – Tiada mana-mana parti memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak […]

Categories
PRU-15

Jangan Percaya Dakwaan Pakai Seluar Pendek, Selipar Tidak Dibenar Mengundi – SPR

PETALING JAYA, 19 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak percaya dengan hebahan maklumat mengenai etika pakaian yang menyatakan memakai seluar pendek dan selipar tidak dibenarkan memasuki pusat mengundi. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, pengundi tidak perlu risau kerana isu pakaian yang tular itu adalah […]