Categories
Ringkas

PRN Melaka: PN Sedia Runding Dengan BN – Ahmad Samsuri

TAIPING, 9 Ogos – Perikatan Nasional (PN) terbuka dan bersedia mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata meskipun belum ada sebarang perbincangan antara kedua-dua gabungan setakat ini, masih terdapat ruang yang luas untuk rundingan diadakan memandangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan […]

Categories
Ringkas

Ahmad Maslan Seru Pemimpin BN, PN Elak Keluar Kenyataan Jejas Kerjasama

ALOR GAJAH, 6 Ogos – Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disaran mengelakkan kenyataan yang boleh mengganggu hubungan antara kedua-dua gabungan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang perbezaan pendapat sepatutnya diselesaikan menerusi perbincangan dan bukannya diperdebatkan secara terbuka. “Kita belum berunding, jangan […]

Categories
Ringkas

BN Kekalkan Mandat Tadbir Johor, Menang 48 Daripada 56 Kerusi DUN

JOHOR BAHRU, 12 Julai – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan mandat mentadbir Johor selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 semalam sekali gus membentuk semula kerajaan negeri dengan majoriti lebih besar. Kemenangan itu menyaksikan BN menambah lapan kerusi berbanding 40 kerusi yang dimenangi pada 2022 sekali […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: SPR Minta Majikan Beri Tempoh Munasabah Untuk Pekerja Keluar Mengundi

JOHOR BAHRU, 9 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua majikan memberikan tempoh yang munasabah kepada pekerja yang berdaftar dan layak sebagai pemilih untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Sabtu ini. Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kekhuatiran orang ramai berhubung kemungkinan terdapat […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: “Kalau Nak Letak Jawatan, Silakan” – Tok Mat Jawab Kenyataan Nga Kor Ming

MUAR, 30 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk meletakkan jawatan sekiranya senario tertentu berlaku sebagai keputusan peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut beliau, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN hanya melibatkan pembentukan kerajaan negeri dan […]

Categories
Ringkas

Parlimen: Tiada Pengumuman Projek, Dasar Baharu Sepanjang Kempen Pilihan Raya – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang pengumuman projek atau dasar baharu pada mana-mana kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan. Beliau berkata ia selaras dengan peraturan di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). “Keputusan kita tetap, iaitu sebaik penamaan calon diumumkan, kempen boleh diteruskan, tapi […]

Categories
Ringkas

PRN Johor Ditetapkan 11 Julai, Negeri Sembilan Pada 1 Ogos – SPR

PUTRAJAYA, 12 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon PRN Johor pula ditetapkan pada 27 Jun, manakala bagi Negeri Sembilan pada 18 Julai. Sementara itu, tarikh pengundian […]

Categories
Ringkas

PRN: PM Anwar Dijangka Lancar Jentera PH Johor Malam Esok

JOHOR BAHRU, 5 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijadual melancarkan jentera PH negeri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, malam esok. Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pelancaran itu dijadual berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: BN Lancar Jentera Pilihan Raya Ahad Ini

JOHOR BAHRU, 3 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Educity, Kota Iskandar, Ahad ini. Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: SPR Sedia Tentukan Garis Masa Selepas Notis Rasmi Diterima

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman oleh Menteri Besar Johor, […]