Categories
Ringkas

Cadangan Elaun Pelajar Tingkatan Enam Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet Minggu Depan – Fadhlina

BUTTERWORTH, 13 Jun – Cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata perkara itu akan disampaikan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang dari lawatan ke Turkmenistan.

“Kita memahami keutamaan dan harapan anak-anak Tingkatan Enam dan perkara ini masih kita perjuangkan,” katanya ketika berucap pada program POV Anak Muda: Anak Muda dan Ketidakpastian Realiti Siri 2 Zon Utara di sini hari ini.

Fadhlina berkata kerajaan sebelum ini turut memperjuangkan pemberian elaun kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), yang kini telah menerima kemudahan berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

Program sehari itu menghimpunkan kira-kira 950 peserta dan menjadi platform dialog antara golongan muda, pemimpin, penggubal dasar serta penganalisis bagi membincangkan isu pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan kos sara hidup. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

( Verified ☑ ) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun & agensi berita terbaik di Malaysia, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading