Categories
Ringkas

PRN Johor Ditetapkan 11 Julai, Negeri Sembilan Pada 1 Ogos – SPR

PUTRAJAYA, 12 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon PRN Johor pula ditetapkan pada 27 Jun, manakala bagi Negeri Sembilan pada 18 Julai.

Sementara itu, tarikh pengundian awal PRN Johor pada 7 Julai, manakala bagi Negeri Sembilan ditetapkan 28 Julai.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Johor dan Negeri Sembilan di sini, hari ini. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading