Categories
Ringkas

Hospital Segamat Perlu Tambahan 49 Doktor

JOHOR BAHRU, 6 Jun – Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 doktor, khususnya membabitkan jawatan Pegawai Perubatan (MO) bagi membolehkan sistem perkhidmatan kesihatan dapat beroperasi secara lebih ideal. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata hospital itu memerlukan 169 doktor bagi memenuhi keperluan semasa, berbanding 120 doktor yang bertugas ketika ini termasuk […]

Categories
Ringkas

PRN: PM Anwar Dijangka Lancar Jentera PH Johor Malam Esok

JOHOR BAHRU, 5 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijadual melancarkan jentera PH negeri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, malam esok. Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pelancaran itu dijadual berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, […]

Categories
Ringkas

Kemalangan Simpang Renggam: Remaja Ditahan Semula Untuk Siasatan Bunuh

JOHOR BAHRU, 4 Jun – Remaja lelaki yang direman bagi membantu siasatan memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan empat sekeluarga maut dalam nahas di Simpang Renggam dekat Kluang, ditahan semula untuk siasatan membunuh. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata remaja berusia 19 tahun itu direman dua hari bermula 2 Jun sebelum […]

Categories
Ringkas

PRN Johor: BN Lancar Jentera Pilihan Raya Ahad Ini

JOHOR BAHRU, 3 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Educity, Kota Iskandar, Ahad ini. Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka […]

Categories
Ringkas

PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Guna Lebuh Raya Bermula Esok Hingga Ahad

KUALA LUMPUR, 3 Jun – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan hampir 2.2 juta kenderaan sehari akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya dalam tempoh sepanjang pergerakan pulang ke ibu kota selepas berakhirnya cuti perayaan berganda bermula esok hingga Ahad ini. PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan peningkatan itu melibatkan kombinasi pergerakan trafik jarak jauh serta perjalanan antara […]

Categories
Ringkas

Laluan Ampang Beroperasi Dalam Mod Sementara Bermula Esok – Rapid KL

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Laluan Ampang akan beroperasi dalam mod operasi sementara bermula esok selepas sebahagian besar kerja baik pulih susulan insiden di Stesen Chan Sow Lin minggu lepas diselesaikan. Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan perjalanan antara Putra Heights dan Sentul Timur akan kembali beroperasi seperti biasa tanpa perlu sebarang pertukaran tren. […]

Categories
Ringkas

169,803 Calon Lepasan SPM Ditawar Tempat Di IPTA

PUTRAJAYA, 22 Mei – Sebanyak 169,803 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), menerusi UPUOnline. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 91,357 calon ditawarkan di Universiti Awam (UA), sejumlah 60,947 calon ditawarkan di politeknik, sebanyak 15,844 Kolej Komuniti, manakala […]

Categories
Ringkas

LLM Jangka Trafik Harian Cecah 3.3 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah purata trafik harian di lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan mencecah 3.3 juta kenderaan pada hari puncak sempena Aidiladha yang akan disambut pada 27 Mei ini. LLM dalam kenyataan memaklumkan peningkatan aliran trafik dijangka berlaku secara berperingkat bermula hari ini hingga 7 Jun […]

Categories
Ringkas

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan – Fahmi

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Kabinet dijangka membincangkan laporan berkaitan dakwaan permohonan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk mendapatkan pengampunan daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat minggu depan. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan hanya dibangkitkan ketika mesyuarat Kabinet berlangsung hari ini dan […]

Categories
Ringkas

SUKMA Wajar Ditangguh Sehingga Krisis Asia Barat Selesai – Sultan Selangor

SHAH ALAM, 20 April – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berpandangan penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di negeri itu wajar ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai. Sultan Sharafuddin bertitah penangguhan itu juga wajar sehingga pembangunan semula Stadium Shah Alam siap sepenuhnya. “Berhubung penganjuran SUKMA oleh Negeri Selangor, beta difahamkan peruntukan yang diperlukan adalah […]