Categories
Ringkas

Sepanyol Singkir Perancis, Tempah Tiket Ke Final Piala Dunia

ARLINGTON, 15 Julai – Sepanyol mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Perancis 2-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Dallas, Arlington, Texas. Kemenangan itu menyaksikan juara dunia 2010 tersebut bakal menentang pemenang perlawanan antara Argentina dan England pada aksi final di New Jersey. Mikel Oyarzabal membuka kelebihan Sepanyol menerusi sepakan penalti […]

Categories
Ringkas

Penyokong Sepanyol Banjiri Arlington Jelang Aksi Separuh Akhir

ARLINGTON, 14 Julai – Bahang aksi separuh akhir Piala Dunia semakin dirasai apabila ribuan penyokong Sepanyol memenuhi kawasan sekitar Stadium Dallas beberapa jam sebelum sepak mula menentang Perancis. Laluan menuju ke stadium dibanjiri lautan merah dan kuning apabila para penyokong berarak sambil mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu semangat buat pasukan kebangsaan mereka. Kehadiran peminat dari […]

Categories
Ringkas

Argentina Atur Aksi Separuh Akhir Dengan England

KANSAS CITY, 12 Julai – Argentina menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Switzerland 3-1 menerusi masa tambahan dalam aksi suku akhir yang sengit. Kemenangan itu mengatur pertembungan menarik menentang England yang terlebih dahulu menyingkirkan Norway untuk mara ke kelompok empat terbaik. Argentina membuka tirai jaringan menerusi Alexis Mac Allister yang menyudahkan […]

Categories
Ringkas

Bellingham Bawa England Singkir Norway, Mara Ke Separuh Akhir

MIAMI, 12 Julai – England memastikan tempat ke separuh akhir Piala Dunia selepas menewaskan Norway 2-1 menerusi masa tambahan dalam aksi suku akhir yang penuh mendebarkan. Norway terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Andreas Schjelderup, sekali gus menghidupkan harapan mereka untuk meneruskan kemaraan dalam kejohanan. Namun, Jude Bellingham kembali menyerlah apabila menyamakan kedudukan sebelum […]

Categories
Ringkas

Piala Dunia 2026: Switzerland Percaya Mampu Goncang Argentina

KANSAS CITY, 11 Julai – Kapten Switzerland, Granit Xhaka percaya pasukannya mampu memberikan cabaran kepada juara bertahan, Argentina, Sabtu ini dalam usaha mereka untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Dunia buat julung kali, lapor Xinhua. Switzerland masih belum tewas dalam kejohanan kali ini, selepas menundukkan Bosnia dan Herzegovina serta Kanada, selain mencatatkan keputusan […]

Categories
Ringkas

Perancis Selangkah Lagi Ke Pentas Akhir Piala Dunia

FOXBOROUGH, 10 Julai – Perancis menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia selepas menundukkan Maghribi 2-0 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Boston. Kylian Mbappe muncul watak utama apabila menjaringkan satu gol dan turut mencipta bantuan jaringan buat Ousmane Dembele. Sebelum itu, Mbappe terlepas peluang membuka tirai jaringan selepas sepakan penaltinya pada babak […]

Categories
Ringkas

Belgium Benam AS 4-1, Tuan Rumah Bersama Tersungkur

SEATTLE, 7 Julai – Belgium melangkah bergaya ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas membenam tuan rumah bersama, Amerika Syarikat (AS) 4-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik. Charles De Ketelaere menjadi watak utama apabila meledak dua gol pada babak pertama, masing-masing pada minit kesembilan dan ke-33 untuk meletakkan Belgium di landasan terbaik. AS sempat menghidupkan […]

Categories
Ringkas

Haaland Ledak Dua Gol, Norway “Ayamkan” Brazil

NEW YORK, 6 Julai – Norway melakar antara kejutan terbesar Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Brazil 2-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir. Selepas permainan kekal seimbang tanpa jaringan untuk tempoh yang panjang, Erling Haaland akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-79 menerusi tandukan hasil umpanan Andreas Schjelderup. Penyerang itu […]

Categories
Ringkas

Pengadilan Dipersoal, Aksi Perancis-Paraguay Cetus Kontroversi

PHILADELPHIA, 5 Julai – Perancis menempah slot ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Paraguay 1-0, namun keputusan itu dibayangi kontroversi membabitkan mutu pengadilan. Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-70 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Kylian Mbappe untuk memastikan skuad Les Bleus membawa pulang kemenangan. Sejak wisel permulaan, Paraguay mempamerkan corak permainan yang […]

Categories
Ringkas

Ronaldo Hadiahkan Kemenangan Buat Jota

TORONTO, 3 Julai – Portugal memastikan tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Croatia 2-1 dalam aksi penuh dramatik, sekali gus menempah pertemuan dengan Sepanyol. Croatia terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Ivan Perisic pada minit ke-53 sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti 15 minit kemudian. Ketika perlawanan seakan […]