Categories
Ringkas

Penyokong Sepanyol Banjiri Arlington Jelang Aksi Separuh Akhir

ARLINGTON, 14 Julai – Bahang aksi separuh akhir Piala Dunia semakin dirasai apabila ribuan penyokong Sepanyol memenuhi kawasan sekitar Stadium Dallas beberapa jam sebelum sepak mula menentang Perancis.

Laluan menuju ke stadium dibanjiri lautan merah dan kuning apabila para penyokong berarak sambil mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu semangat buat pasukan kebangsaan mereka.

Kehadiran peminat dari Amerika Syarikat dan Sepanyol memperlihatkan keyakinan tinggi terhadap skuad bimbingan Luis de la Fuente untuk melangkah ke pentas akhir.

Pertemuan antara Sepanyol dan Perancis turut dianggap antara aksi paling dinanti-nantikan dalam kejohanan kerana kedua-duanya dilihat sebagai pencabar utama kejuaraan.

Sepanyol dijangka sekali lagi menyandarkan harapan kepada barisan pemain mudanya, termasuk Lamine Yamal yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang kempen kali ini.

Perancis pula dijangka mempertaruhkan pengalaman pemain berprofil tinggi seperti Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele bagi memburu tiket ke pentas akhir.

Pihak penganjur menjangkakan Stadium Dallas dipenuhi penyokong, dengan kawalan keselamatan turut dipertingkatkan sepanjang perlawanan berlangsung.

Arlington bertukar menjadi medan sambutan bola sepak apabila ribuan penyokong kedua-dua pasukan mewujudkan suasana penuh warna-warni dan debaran menjelang aksi separuh akhir. – Agensi via Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading