Kategori
Ringkas

Pelajar UniSZA Maut Kereta Dirempuh

KUALA TERENGGANU, 5 Jan – Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh kenderaan lain di lampu isyarat berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata dalam kemalangan yang berlaku pada 1.55 tengah hari itu, Syakirah […]

Kategori
Ringkas

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Hentikan Jualan Vape Di Perak

IPOH, 5 Jan – Kerajaan Negeri Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik, atau vape, untuk menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan lesen menjual produk itu di negeri berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan berkata tempoh itu diberikan sebagai langkah peralihan […]

Kategori
Ringkas

Naik Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Didesak – PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Perdana Menteri menjelaskan, keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam. Sebaliknya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dilakukan kerana wujud keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun lalu. Menurutnya, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang […]

Kategori
Ringkas

RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU itu antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini. “Semua jawatan mempunyai had […]

Kategori
Ringkas

Sanusi Tolak Pengerusi PN, Cadang Ahmad Samsuri

SHAH ALAM, 2 Jan – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meskipun namanya dicalonkan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan. Sebaliknya, Muhammad Sanusi mencadangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon yang lebih sesuai untuk menerajui gabungan berkenaan. […]

Kategori
Ringkas

Pulau Pinang Laksana Perintah Khidmat Masyarakat Bermula 1 Julai 2026

BUKIT MERTAJAM, 2 Jan – Pulau Pinang bersetuju untuk menguatkuasakan Perintah Khidmat Masyarakat bagi pesalah membuang sampah kecil di tempat awam bermula 1 Julai 2026, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H’ng Mooi Lye. Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri pada 17 Dis meluluskan cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan […]

Kategori
Ringkas

Pas Sahkan Calon Pengerusi PN Minggu Depan – Abdul Hadi

MARANG, 2 Jan – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam kalangan pemimpin parti itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan selewatnya minggu depan. Menurutnya, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan diputuskan menerusi mesyuarat bersama parti komponen gabungan itu termasuk kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). “Mengenai […]

Kategori
Ringkas

KKM Nafi Klinik Kesihatan Tidak Lagi Terima Pesakit ‘Walk-in’

PUTRAJAYA, 1 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau jumpa terus, seperti yang tular di media sosial. KKM memaklumkan walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. […]

Kategori
Ringkas

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Datuk Bandar NYC Muslim Pertama

NEW YORK CITY, 1 JAN – Zohran Kwame Mamdani mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York City (NYC) yang baharu tepat selepas detik tengah malam Tahun Baharu, menjadikannya pemimpin Muslim dan berketurunan Asia Selatan pertama menerajui bandar raya terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu. Upacara angkat sumpah rasmi berlangsung dalam suasana sederhana […]

Kategori
Ringkas

Saman Tertunggak Tiada Kaitan Dengan Kelayakan BUDI95 – Loke

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman trafik akan menyebabkan pemohon kehilangan kelayakan untuk menikmati subsidi petrol BUDI95. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Sie Fook berkata, kedua-dua mekanisme tersebut beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai kaitan langsung. Beliau menjelaskan bahawa kelayakan subsidi BUDI95 ditentukan […]