Categories
Ringkas

Naik Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Didesak – PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Perdana Menteri menjelaskan, keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dilakukan kerana wujud keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun lalu.

Menurutnya, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga.

“Penjawat awam bila dah naik gaji, dah fikir kereta baharu, televisyen baharu, isteri baharu… Penambahan itu menyebabkan kos tambahan keseluruhannya RM18 bilion.

“Ini bukan kerana tuntutan penjawat awam (sebaliknya) kerana kita lihat tanggungjawab bertambah dan (selama) 12 tahun diakui gaji semua ini hanya memenuhi hak sebagai ketua keluarga… (jadi) saya mulakan dengan memberikan keadilan kepada rakan penjawat awam.

“Ini termasuk gaji hakim. Ada yang bertanya kenapa naik mendadak 30 peratus, kerana 10 tahun sejak 2015 tidak ada kenaikan tahunan, tidak ada kajian semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini, pada Isnin. – Astro AWANI / Umavathi Ramayah

BERITA LANJUT MENYUSUL

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading