Kategori
Ringkas

Chin Tong Mohon Maaf, Tegaskan Kenyataan Tentang BUDI95 Diambil Luar Konteks

PUTRAJAYA, 12 Mei – Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, pada Selasa memohon maaf susulan kekeliruan yang timbul ekoran laporan mengenai dakwaan kerajaan berkemungkinan mengehadkan subsidi petrol BUDI95 kepada 150 liter. Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, kenyataan beliau yang dibuat dalam satu majlis anjuran AFFIN Bank awal pagi ini telah dilaporkan secara tidak tepat […]

Kategori
Ringkas

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 150 Liter – Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Kuota 200 liter RON95 di bawah Program Budi Madani 95 (BUDI95) mungkin dikurangkan kerajaan bagi menjamin bekalan bahan api negara dalam mendepani krisis bekalan global, susulan konflik geopolitik Asia Barat. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, data semasa menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan petrol di bawah paras yang dicadangkan […]

Kategori
Ringkas

Harga Runcit RON97 Turun 20 Sen, Diesel Naik 50 Sen – MOF

KUALA LUMPUR, 1 April – Harga runcit petrol RON97 diturunkan 20 sen kepada RM4.95 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung pula naik 50 sen kepada RM6.02 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter. Selain itu, […]

Kategori
Ringkas

Perutusan Khas: Kelayakan RON95 Diselaras Kepada 200 Liter Sebulan – PM Anwar

PUTRAJAYA, 26 Mac – Kerajaan memutuskan untuk menyelaraskan kelayakan subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI95 kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April, berbanding 300 liter sebelum ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil susulan kesan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat terhadap bekalan dan harga tenaga global. Beliau, yang […]

Kategori
Ringkas

Harga Minyak Naik Lagi! RON95 Tanpa Subsidi, RON97 Naik 60 Sen & Diesel Naik 80 Sen

HARGA bahan api dalam negara sekali lagi mencatatkan peningkatan apabila RON95 tanpa subsidi dan RON97 masing-masing naik sebanyak 60 sen seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia meningkat 80 sen. Kenaikan ini menyaksikan RON97 kini dijual pada harga RM5.15 seliter berbanding RM4.55 sebelum ini. Bagi RON95 tanpa subsidi pula, harga baharu ditetapkan pada RM3.87 seliter, meningkat […]

Kategori
Ringkas

Kuota BUDI95 Tidak Akan Dikurangkan Ikut Kelas Pendapatan – KSU Perbendaharaan

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Kerajaan tidak akan membebankan rakyat dengan mengurangkan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan bagi mengelakkan tekanan tambahan terhadap perbelanjaan isi rumah. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata keutamaan kerajaan ketika ini ialah menganalisis data yang dikumpul sejak pelaksanaan program BUDI95 bagi menilai keberkesanannya. “Kita perlu menganalisis […]

Kategori
Ringkas

Saman Tertunggak Tiada Kaitan Dengan Kelayakan BUDI95 – Loke

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman trafik akan menyebabkan pemohon kehilangan kelayakan untuk menikmati subsidi petrol BUDI95. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Sie Fook berkata, kedua-dua mekanisme tersebut beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai kaitan langsung. Beliau menjelaskan bahawa kelayakan subsidi BUDI95 ditentukan […]

Kategori
Ringkas

Rakyat Malaysia Guna Lesen Singapura Boleh Mohon BUDI95 Mulai Esok – Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuka laman sesawang khas mulai esok bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) memohon BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia bagi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tetapi terpaksa menggunakan lesen memandu republik itu untuk tujuan pekerjaan khususnya dalam […]