Categories
Ringkas

Polis Nasihat Penganjur Konvoi Sempena Bulan Kebangsaan Patuhi Peraturan

NIBONG TEBAL, 17 Ogos – Polis Pulau Pinang menasihatkan penganjur konvoi sempena Bulan Kebangsaan supaya memaklumkan aktiviti kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan pandangan polis serta memastikan semua peraturan lalu lintas dipatuhi demi keselamatan pengguna jalan raya. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim berkata pihaknya tidak menghalang aktiviti konvoi, namun peserta perlu mengelakkan tindakan berbahaya […]

Categories
Ringkas

Keputusan Lokasi Penganjuran Pesta Pulau Pinang Tiga Minggu Lagi

GEORGE TOWN, 30 Julai – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka membuat keputusan dalam tempoh tiga minggu lagi mengenai lokasi penganjuran Pesta Pulau Pinang untuk diteruskan di lokasi sementara sepanjang tempoh pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Sungai Nibong, di sini. Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata keputusan muktamad itu akan […]

Categories
Ringkas

Remaja Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 68 Komtar

GEORGE TOWN, 24 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 68 bangunan Komtar di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 4.05 petang. “Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa ialah […]

Categories
Ringkas

Liga Bola Sepak Tawar RM20,000: Kemampuan Kewangan Pelarian Rohingya Dipersoal

BUKIT MERTAJAM, 4 Julai – Penganjuran sebuah liga bola sepak membabitkan pelarian Rohingya dengan tawaran hadiah utama sehingga RM20,000 mencetuskan perbincangan mengenai kemampuan kewangan sebahagian etnik berkenaan di Malaysia. Poster kejohanan yang tular di media sosial itu memaparkan ganjaran RM20,000 kepada johan, RM10,000 untuk naib johan dan RM5,000 kepada pasukan di tempat ketiga. Mengulas perkara […]

Categories
Ringkas

Pakej 1 PTJSD Siap Lebih Awal – Chow

GEORGE TOWN, 16 April – Pakej 1 Projek Penyuraian Trafik Plaza Tol Juru-Sungai Dua (PTJSD) dekat sini, dijangka siap lebih awal dan beroperasi pada penghujung 2027, selaras dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia berdasarkan maklumat dikongsikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PTJSD kini telah memasuki fasa pelaksanaan […]

Categories
Ringkas

Perbuatan Lucah Melampau Di Tanah Perkuburan, Pasangan Dipenjara 12 Bulan

GEORGE TOWN, 26 Mac – Pasangan yang terlibat dalam perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan kelucahan melampau, Ahad lepas. Hukuman terhadap lelaki berusia 58 tahun, dan wanita berusia 37 tahun, diputuskan selepas mereka membuat pengakuan itu di hadapan Majistret […]

Categories
Ringkas

Pulau Pinang Laksana Perintah Khidmat Masyarakat Bermula 1 Julai 2026

BUKIT MERTAJAM, 2 Jan – Pulau Pinang bersetuju untuk menguatkuasakan Perintah Khidmat Masyarakat bagi pesalah membuang sampah kecil di tempat awam bermula 1 Julai 2026, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H’ng Mooi Lye. Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri pada 17 Dis meluluskan cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan […]

Categories
Ringkas

Bunuh Dua Beranak Di Juru, Suami Direman Bantu Siasatan

Suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa lelaki berkenaan telah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman. Sementara itu, mayat dua beranak berkenaan telah […]

Categories
Berita

Kilang Kicap, Roti Diarah Tutup Kerana Kotor

BUTTERWORTH, 11 Nov – Sebuah kilang kicap dan sebuah kilang roti di sini diarah tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini berikutan keadaan premis yang kotor selain tidak menepati standard keselamatan dan kualiti makanan. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata keadaan itu […]

Categories
Berita

Remaja 16 Dan 17 Tahun Dibenarkan Untuk ‘Walk-in’ Di Semua PPV Pulau Pinang

GEORGETOWN, 30 Sept – Remaja berusia 16 dan 17 tahun termasuk pelajar dibenarkan hadir secara ‘walk-in’ di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bermula Khamis ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sesi ‘walk-in’ harian bermula seawal jam 2 petang di setiap PPV. Bagaimanapun, katanya, […]