Categories
Ringkas

Ahmad Samsuri Ingatkan Bersatu, PN Bukan Milik Mutlak Mana-Mana Parti

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menolak gesaan agar Pas keluar daripada gabungan itu susulan keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Menteri Besar Terengganu itu berkata, PN bukan milik mana-mana parti gabungan secara mutlak, tetapi ia ditubuhkan atas semangat dan dasar muafakat parti […]

Categories
Ringkas

Ruang Dialog UMNO-Pas Direstui, Ahmad Zahid Beri Bayangan Muafakat Nasional 2.0?

PUTRAJAYA, 9 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pertemuan terbaharu antara kepimpinan UMNO dan Pas adalah direstui, ia bertujuan untuk merungkai beberapa isu berbangkit. “Kita merestui perjumpaan yang menjadi inisiatif kepimpinan UMNO dan Pas untuk merungkai beberapa permasalahan yang bukan agenda politik. “Jika ia ada terkait pun dengan politik, ia tentunya […]

Categories
Ringkas

Kerjasama Dengan Pas: UMNO Tidak Mahu ‘Dipatuk Ular Sama Kali Kedua’ – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Jan – UMNO menegaskan tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan pembangkang termasuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN). Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi perumpamaan keadaan itu seolah-olah ‘dipatuk ular sama kali kedua di tempat yang sama’. Mengulas lanjut, beliau berkata, mesyuarat Biro Politik UMNO yang bersidang […]

Categories
Ringkas

Sanusi Tolak Pengerusi PN, Cadang Ahmad Samsuri

SHAH ALAM, 2 Jan – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meskipun namanya dicalonkan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan. Sebaliknya, Muhammad Sanusi mencadangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon yang lebih sesuai untuk menerajui gabungan berkenaan. […]

Categories
Ringkas

Pas Sahkan Calon Pengerusi PN Minggu Depan – Abdul Hadi

MARANG, 2 Jan – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam kalangan pemimpin parti itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan selewatnya minggu depan. Menurutnya, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan diputuskan menerusi mesyuarat bersama parti komponen gabungan itu termasuk kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). “Mengenai […]