Categories
Ringkas

Juruterbang, Empat Petugas KKM Disahkan Maut Dalam Nahas Helikopter – Residen Miri

MIRI, 8 Sept – Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi. Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan […]

Categories
Ringkas

Remaja Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 68 Komtar

GEORGE TOWN, 24 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 68 bangunan Komtar di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 4.05 petang. “Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa ialah […]

Categories
Ringkas

Nahas LPT: Lebih 20 Mangsa Cedera Dirawat Di Dua Hospital

KUANTAN, 11 Julai – Sebanyak 20 mangsa yang cedera akibat kemalangan di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur awal pagi ini menerima rawatan di dua hospital di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah berkata, 18 mangsa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) manakala dua lagi dirawat di pusat perubatan Sultan Ahmad […]

Categories
Ringkas

Kemalangan Simpang Renggam: Remaja Ditahan Semula Untuk Siasatan Bunuh

JOHOR BAHRU, 4 Jun – Remaja lelaki yang direman bagi membantu siasatan memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan empat sekeluarga maut dalam nahas di Simpang Renggam dekat Kluang, ditahan semula untuk siasatan membunuh. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata remaja berusia 19 tahun itu direman dua hari bermula 2 Jun sebelum […]

Categories
Ringkas

Pelajar UniSZA Maut Kereta Dirempuh

KUALA TERENGGANU, 5 Jan – Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh kenderaan lain di lampu isyarat berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata dalam kemalangan yang berlaku pada 1.55 tengah hari itu, Syakirah […]

Categories
Ringkas

Bedah Siasat Pelajar UM Jatuh Kolej Kediaman Dilakukan Malam Ini – Polis

Bedah siasat ke atas seorang pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari kolej kediaman petang tadi, akan dijalankan malam ini di Jabatan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya mengesahkan kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia 22 tahun itu pada kira-kira 3.15 petang. “Mangsa disahkan […]

Categories
Ringkas

Jenazah Mustaqqeem Selamat Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Ini

Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim semalam, berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang tadi. Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata jenazah dibawa turun dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189. “Helikopter dengan […]

Categories
Ringkas Ekspres

Nahas Pesawat Di Elmina: Tiada Penemuan Objek Asing Pada Komponen Enjin

Tiada penemuan objek asing, bulu burung atau bahan lain pada komponen enjin pesawat jenis Hawker Beechcraft 390 yang terhempas dalam nahas di Elmina, Selangor pada 17 Ogos lepas. Menurut laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) selaput kipas enjin juga tidak memperlihatkan bukti pembebasan bilah seperti kemik atau lubang, berdasarkan pemeriksaan visual. “Pemula, Unit Hidromekanikal […]

Categories
Ringkas Ekspres

Nahas Pesawat Di Elmina: Tiada Bukti Ketidakupayaan Juruterbang Jadi Punca Nahas – Laporan Awal AAIB

Laporan awal siasatan berhubung nahas pesawat di Bandar Elmina di Shah Alam, menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan ketidakupayaan atau faktor fisiologi menjejaskan prestasi juruterbang sehingga menjadi punca nahas. Menurut Laporan Awal Kemalangan Pesawat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) hari ini, juruterbang pertama (PIC) dan juruterbang kedua (Second In […]

Categories
Berita

Nga Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Isnin memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali. Beliau turut meluangkan masa melawat keluarga mangsa tragedi itu selama 45 minit pada upacara penghormatan terakhir yang berlangsung bermula 10 pagi hingga 10.30 […]