Categories
Ringkas

Sanusi Tolak Pengerusi PN, Cadang Ahmad Samsuri

SHAH ALAM, 2 Jan – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meskipun namanya dicalonkan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan.

Sebaliknya, Muhammad Sanusi mencadangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon yang lebih sesuai untuk menerajui gabungan berkenaan.

“Saya cadangkan calon yang lebih layak, Dr Ahmad Samsuri iaitu Menteri Besar Terengganu.

“Beliau lebih baik daripada pengerusi sebelum ini. Tidak perlu banding dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa Khamis lalu susulan krisis politik di Perlis.

Susulan perkembangan itu, timbul desakan daripada Pas agar jawatan Pengerusi PN diserahkan kepada pimpinan parti berkenaan.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya turut menyatakan persetujuan terhadap pencalonan Muhammad Sanusi sebagai pengerusi gabungan tersebut.

Muhammad Sanusi menegaskan bahawa kelebihan Ahmad Samsuri dalam merangka strategi politik parti menjadikannya calon paling sesuai bagi jawatan berkenaan.

“Saya jeneral di medan, jaga tentera. Kerja saya di akar umbi.

“Beliau pula menguruskan strategi dan mengendalikan ‘roadmap’ (hala tuju),” ujarnya. – Sinar Harian

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading