Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata Putin akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak. “Presiden Putin mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir. Beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun […]
