Categories
Luar Negara

Kanak-Kanak Terjun Tasik Membeku Untuk Selamatkan Orang Tidak Dikenali, Ditemui Maut Bersama Mangsa

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui maut seusai nekad terjun ke dalam tasik yang sedang membeku demi menyelamatkam sekumpulan kanak-kanak yang terjatuh. Kejadian dilaporkan berlaku di West Midland, United Kingdom.

Kanak-kanak tersebut ditemui maut bersama dua lagi mangsa yang cuba diselamatkannya yang masing-masing berusia 6 dan 11 tahun. Manakala mangsa keempat yang berusia 6 tahun dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Ahli keluarga mangsa terlibat telah menceritakan apa yang berlaku. Menurut ibu saudara mangsa, anak saudaranya terdengar jeritan meminta pertolongan dari sekumpulan kanak-kanak yang terjatuh ke dalam tasik sebelum bergegas menghulurkan pertolongan.

Menurutnya lagi, mangsa hanya berfikir untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tidak dikenalinya itu sahaja, tanpa mempedulikan risiko yang bakal menimpanya.

Setelah dimaklumkan orang awam, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian lalu segera terjun ke dalam tasik bagi membawa keluar kesemua mangsa dari dalam air sebelum menghantar mereka ke hospital.

Kematian itu disifatkan sebagai “tragedi yang tidak dapat dibayangkan”, kata Richard Stanton, Komander Kawasan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat West Midlands.

Dalam masa yang sama, mereka turut memberi amaran agar orang awam menjauhi kawasan air terbuka khusus yang membeku kerana suhu terus menjunam di seluruh negara. – THE SUN UK

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฟ โ˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori โ€œRingkasโ€ - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading