Categories
Luar Negara

Sekatan Ke Atas Rusia Akan Beri Kesan Terhadap KDNK Dunia – Bank Dunia

WASHINGTON, 15 Mac – Sekatan dikenakan Barat terhadap Rusia bakal memberi kesan mendalam kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global berbanding impak konflik, kata Presiden Bank Dunia, David Malpass, pada Isnin.

Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual secara maya dengan The Washington Post, lapor Sputnik.

Katanya, jika Moscow berusaha mencari jalan untuk menamatkan konflik di Ukraine, masyarakat antarabangsa boleh memikirkan apakah tindakan yang bersesuaian terhadap Rusia.

Pada 24 Februari, Rusia melancarkan operasi khas di Ukraine selepas republik rakyat Donetsk dan Luhansk meminta bantuan untuk mempertahankan diri daripada tindakan tentera Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia operasi itu hanya bertujuan memusnahkan infrastruktur ketenteraan Ukraine dan tidak menyasarkan penduduk awam. Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat dan sekutunya mengenakan sekatan menyeluruh terhadap Rusia. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading