Kategori
Berita

Kebenaran ‘Dine-in’ Untuk Individu Lengkap Divaksin Masih Kekal, Terpakai Di Semua Fasa PPN – Khairy

PUTRAJAYA, 1 Okt – Kebenaran ‘dine-in‘ di restoran dan premis-premis berkaitan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19 masih kekal serta terpakai di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan perkara tersebut susulan peralihan fasa membabitkan beberapa negeri mencetuskan kekeliruan orang lain berhubung perkongsian ringkas prosedur operasi standard (SOP) PPN […]

Kategori
Berita

Dakwa Longlai Selepas Divaksin, Pelajar Ini Rupanya Lewat Tidur Malam & Tidak Bersarapan

PUTRAJAYA, 30 Sept – Pelajar yang didakwa longlai selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam rakaman video tular didapati lewat tidur malam. Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pelajar berkenaan juga tidak bersarapan sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Mall, Klebang, Melaka. “Pelajar lelaki berkenaan tiada sebarang masalah kesihatan tetapi gementar […]

Kategori
Berita

Remaja 16 Dan 17 Tahun Dibenarkan Untuk ‘Walk-in’ Di Semua PPV Pulau Pinang

GEORGETOWN, 30 Sept – Remaja berusia 16 dan 17 tahun termasuk pelajar dibenarkan hadir secara ‘walk-in’ di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bermula Khamis ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sesi ‘walk-in’ harian bermula seawal jam 2 petang di setiap PPV. Bagaimanapun, katanya, […]

Kategori
Berita

Masyarakat Dinasihat Jangan Dahului Undang-Undang Hakimi Pendakwah Terkenal – Ahmad Marzuk

PASIR PUTEH, 26 Sept – Masyarakat di negara ini dinasihatkan agar tidak mendahului undang-undang dengan menghakimi seorang pendakwah terkenal susulan penyebaran video dan mesej lucah yang tular di media sosial ketika ini. Tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, tindakan menyebarkan aib seseorang juga dilarang dalam agama. “Nasihat […]

Kategori
Berita

Sarawak Akan Menjadi Negeri Pertama Laksana Pemberian Dos Penggalak Bulan Depan

KUCHING, 26 Sept – Sarawak akan menjadi negeri pertama melaksanakan pemberian suntikan dos penggalak bermula Oktober depan dengan menyasarkan golongan berisiko tinggi yang telah lengkap menerima dua dos vaksin. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan Sarawak sebagai negeri pertama menerima dos penggalak itu berikutan ia bakal menjadi negeri pertama yang berjaya menyelesaikan Progran Imunisasi COVID-19 […]

Kategori
Berita

Rentas Negeri Bukan Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Kebenaran pergerakan rentas negeri selepas liputan vaksinasi negara mencapai 90 peratus tidak menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebaliknya, lonjakan kes penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat berpunca daripada pengumpulan (congregation). “Kita telah membuat unjuran apabila kita mencapai 90 peratus vaksin, lebih kurang liputan untuk seluruh penduduk […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pulau Pinang Bermula Esok

GEORGE TOWN, 21 Sept – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja berusia 18 tahun ke bawah di negeri Pulau Pinang akan bermula esok (Rabu, 22 September 2021). Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebagai permulaan, vaksinasi akan membabitkan pelajar asrama berusia 16 hingga 17 tahun yang beralamat tetap di Pulau Pinang […]

Kategori
Berita

Penggunaan Katil ICU Yang Tinggi Sukarkan Pahang Beralih Ke Fasa 3 PPN

KUANTAN, 21 Sept – Kadar penggunaan katil yang masih tinggi dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri Pahang menjadikan negeri itu sukar untuk beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih awal. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peralihan fasa itu dinidakkan meski kadar peratusan vaksinasi di negeri itu […]

Kategori
Berita

KKM Kesan 523 Daftar Masuk Premis Awam Babit Individu Positif COVID-19 Di Kedah

ALOR SETAR, 19 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 523 kali daftar masuk ke premis awam, termasuk pasar raya, membabitkan individu positif COVID-19 yang diarahkan menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) di Kedah, sepanjang minggu ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, 18 peratus daripada keseluruhan kes berkenaan yang dikesan melalui aplikasi […]

Kategori
Berita

Suntikan Dos Ketiga Vaksin COVID-19 Dijangka Bermula Awal Oktober Ini – Khairy

ALOR SETAR, 19 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memulakan pemberian suntikan dos ketiga atau dos penggalak (booster shot) vaksin COVID-19 kepada orang awam, bermula awal Oktober depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun, kumpulan rentan atau golongan berisiko yang dikenal pasti KKM akan diberi keutamaan menerima suntikan dos berkenaan. “Antara mereka yang diberi […]