Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pulau Pinang Bermula Esok

GEORGE TOWN, 21 Sept – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja berusia 18 tahun ke bawah di negeri Pulau Pinang akan bermula esok (Rabu, 22 September 2021).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebagai permulaan, vaksinasi akan membabitkan pelajar asrama berusia 16 hingga 17 tahun yang beralamat tetap di Pulau Pinang tetapi berasrama penuh di luar negeri itu.

“Janji temu para pelajar berkaitan akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, dan ibu bapa, waris atau penjaga perlu hadir bersama.

“Mereka dinasihatkan supaya membawa dokumen berkaitan terutamanya Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 bagi memastikan proses vaksinasi berjalan dengan lancar.

“Remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mempunyai beberapa penyakit (komorbid), janji temu vaksinasi akan dijalankan di hospital terdekat dan makluman janji temu juga adalah menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementera itu, Kon Yeow berkata, bagi pelajar sekolah berusia 16 hingga 17 tahun tanpa komorbid, mereka akan divaksin pada Khamis ini di enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri itu.

Enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut ialah Pusat Konvensyen SPICE, Tapak Ekspo Seberang Jaya, Vangohh Eminent Hotel, Dewan Perda Convention Centre, Dewan Millenium dan Dewan Serbaguna Sungai Bakap. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen