Kategori
Berita

Penggunaan Katil ICU Yang Tinggi Sukarkan Pahang Beralih Ke Fasa 3 PPN

KUANTAN, 21 Sept – Kadar penggunaan katil yang masih tinggi dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri Pahang menjadikan negeri itu sukar untuk beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih awal.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peralihan fasa itu dinidakkan meski kadar peratusan vaksinasi di negeri itu telahpun melebihi sasaran yang ditetapkan. Menurutnya, kesemua kriteria telahpun dipenuhi namun penggunaan bilangan katil di ICU yang agak tinggi ketika ini antara kriteria yang belum dipenuhi.

“Kita telah memenuhi semua kriteria kecuali satu sahaja iaitu kadar katil di ICU tinggi dan dalam mesyuarat baru-baru ini saya bangkitkan dengan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan, diberitahu dalam mesyuarat itu.

“Daripada segi kadar vaksinasi kita (Pahang) sudah lepasi, kadar kebolehjangkitan pun bawah daripada satu. Semua sudah cuma satu itu sahaja (penggunaan katil ICU) dan kita mohon supaya KKm, MKN boleh pertimbang pertimbangan khas untuk kita beralih ke Fasa 3,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas tinjauannya berkenaan pemberian vaksin COVID-19 kepada pelajar berumur 16 dan 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin pada Selasa.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa Kerajaan Pahang yakin akan dapat mencapai imuniti kelompok sebelum hujung tahun ini seperti yang dijadualkan. – ASTRO AWANI

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen