Categories
Berita

Rentas Negeri Bukan Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Kebenaran pergerakan rentas negeri selepas liputan vaksinasi negara mencapai 90 peratus tidak menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebaliknya, lonjakan kes penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat berpunca daripada pengumpulan (congregation).

“Kita telah membuat unjuran apabila kita mencapai 90 peratus vaksin, lebih kurang liputan untuk seluruh penduduk adaalh lebih 60 peratus. Kita akan meningkatkan pemberian vaksin kepada remaja.

“Tetapi kita juga telah buat keputusan bahawa rentas negeri boleh, dan ia tidak akan sebabkan peningkatan kes, tetapi congregation (pengumpulan) yang meningkatkan penularan jangkitan.

“Justeru, membenarkan rentas negeri bukan isu sangat,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya, di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin mengumumkan bahawa rakyat dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri sekiranya negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi demasa. – ASTRO AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading