Categories
Berita

Kebenaran ‘Dine-in’ Untuk Individu Lengkap Divaksin Masih Kekal, Terpakai Di Semua Fasa PPN – Khairy

PUTRAJAYA, 1 Okt – Kebenaran ‘dine-in‘ di restoran dan premis-premis berkaitan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19 masih kekal serta terpakai di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan perkara tersebut susulan peralihan fasa membabitkan beberapa negeri mencetuskan kekeliruan orang lain berhubung perkongsian ringkas prosedur operasi standard (SOP) PPN dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan kebenaran untuk ‘dine-in‘.

“Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in kekal bagi semua fasa pemulihan.

“Peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dikemaskini. Kenyataan rasmi akan menyusuli,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam perkembangan sama, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut memaklumkan beliau telah mengarahkan MKN untuk segera mengemaskini peraturan dan SOP berkaitan.

Menurutnya, SOP itu mesti dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak demi memerangi jangkitan COVID-19. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading