Categories
Berita

Masyarakat Dinasihat Jangan Dahului Undang-Undang Hakimi Pendakwah Terkenal – Ahmad Marzuk

PASIR PUTEH, 26 Sept – Masyarakat di negara ini dinasihatkan agar tidak mendahului undang-undang dengan menghakimi seorang pendakwah terkenal susulan penyebaran video dan mesej lucah yang tular di media sosial ketika ini.

Tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, tindakan menyebarkan aib seseorang juga dilarang dalam agama.

“Nasihat saya kepada penyokong atau penentang kepada mana-mana tersangka ini perlu berhati-hati supaya mereka tidak mendahului undang-undang kerana seseorang itu belum bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Jadi, hormatilah proses undang-undang dan agama mengajar kita supaya tidak semberono menyebarkan aib seseorang itu sementelah lagi belum dipastikan benar oleh pihak mahkamah,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut meminta supaya para netizen menghentikan segala perdebatan dan penyebaran apa jua bentuk rakaman di media sosial berhubung dakwaan ke atas pendakwah berkenaan. Jelasnya, isu berkenaan telahpun menjadi siasatan pihak polis sebelum sebarang tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan reaksi terhadap dakwaan yang dihadapi oleh pendakwaan berkenaan sehingga menimbulkan perdebatan di media sosial. – ASTRO AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading