Categories
Ringkas

Iran Terpaksa Tunggu Nasib Selepas Sekadar Seri Dengan Mesir

SEATTLE, 27 Jun – Harapan Iran untuk meneruskan kemaraan ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia masih belum pasti selepas mereka sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Mesir dalam aksi terakhir Kumpulan G. Mesir yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila Mahmoud Saber meledak gol pembukaan seawal minit kelima. Bagaimanapun, […]

Categories
Ringkas

AS, Iran Capai Kemajuan Awal Dalam Rundingan Damai Di Geneva

GENEVA, 23 Jun – Rundingan damai peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Switzerland dilaporkan mencatat perkembangan positif dalam usaha meredakan ketegangan geopolitik di Asia Barat. Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Ghalibaf berkata, siri rundingan itu membuahkan hasil memberangsangkan, khususnya dalam perbincangan berkaitan keselamatan selat, situasi di Lubnan, pengecualian sekatan minyak serta pelepasan […]

Categories
Ringkas

Konflik Asia Barat: Trump Setuju Gantung Serangan Ke Atas Iran Selama Dua Minggu

WASHINGTON, 8 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa telah bersetuju untuk menggantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama tempoh dua minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz oleh negara Republik Islam itu. Perkara tersebut diumumkan Trump menerusi satu hantaran di media sosial pada Rabu, susulan perbualannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz […]

Categories
Ringkas

Ahli Parlimen AS Mahu Trump Disingkirkan Selepas Ancam Serang Infrastruktur Iran

WASHINGTON, 7 April – Beberapa ahli parlimen Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang menggerakkan usaha mengguna pakai Pindaan Ke-25 Perlembagaan negara itu bagi menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada jawatan. Langkah drastik itu diambil susulan ancaman terbaharu Trump untuk menyerang infrastruktur awam di Iran, yang menurut pakar undang-undang antarabangsa, boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang di bawah Konvensyen […]

Categories
Ringkas

Konflik Asia Barat: Parlimen Iran Rangka Undang-Undang Tol Maritim Di Selat Hormuz

TEHRAN, 26 Mac – Parlimen Iran sedang merangka undang-undang baharu bagi mengenakan bayaran tol terhadap kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz, lapor agensi berita Fars dan Tasnim. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Parlimen berkata, draf perundangan itu kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan oleh pasukan undang-undang badan perundangan tersebut. Ahli Parlimen yang tidak dinamakan itu berkata, […]

Categories
Ringkas

Trump Tegaskan AS Bercakap Dengan Pihak Yang “Tepat” Di Iran

ISTANBUL, 25 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa, Washington sedang berhubung dengan pihak yang “tepat” di Iran dan Tehran sangat berhasrat untuk mencapai perjanjian bagi menamatkan perang yang sedang berlaku, lapor Anadolu Ajansi (AA). “Tiada siapa tahu hendak bercakap dengan siapa, tetapi kami sebenarnya bercakap dengan orang yang tepat,” kata […]

Categories
Ringkas

“Kawalan Kami Kukuh, Tidak Perlu Pasang Periuk Api Di Selat Hormuz” – Iran

TEHRAN, 25 Mac – Menurut Iran pihaknya mengawal Selat Hormuz “dengan sangat bijak dan berwibawa” dan tidak mempunyai keperluan untuk memasang periuk api di Teluk Parsi, kata jurucakap kanan tentera. Menurut Agensi Berita Mehr, jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran Brigedier Jeneral Ebrahim Zolfaghar berkata Tehran memegang kawalan di rantau Teluk Parsi dan perairan […]

Categories
Ringkas

Iran Tegaskan Perang Hanya Tamat Jika Serangan AS-Israel Dihentikan

TEHRAN, 3 Mac – Iran menyatakan pada Selasa bahawa peperangan yang sedang berlaku antara negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel hanya akan berakhir “apabila serangan ke atasnya dihentikan,” lapor Anadolu Ajansi (AA). Bercakap kepada pemberita di sebuah sekolah rendah yang terkena serangan AS-Israel di Tehran, jurucakap Kementerian Luar, Esmaeil Baghaei berkata peperangan itu […]