Categories
Ringkas

Shell Mohon Maaf Susulan Isu Kekurangan Bekalan Bahan Api

SHELL Malaysia Trading Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang memberi tumpuan penuh terhadap usaha memastikan bekalan bahan api kekal stabil di seluruh rangkaian stesen mereka, susulan perkembangan terkini berkaitan dasar kerajaan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan komitmen berterusan untuk mengekalkan ketersediaan petrol dan diesel agar pelanggan tidak terjejas dalam tempoh semasa.

Menurut Shell, peningkatan permintaan secara mendadak dalam tempoh singkat berpotensi menyebabkan gangguan bekalan di beberapa lokasi tertentu.

Keadaan tersebut mungkin mengakibatkan sebahagian stesen berdepan kekurangan bekalan buat sementara waktu, namun langkah pemulihan sedang giat dilaksanakan.

Pihak syarikat turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna dan memberi jaminan bahawa usaha sedang dipercepat bagi menstabilkan semula bekalan di kawasan terlibat.

Sebelum ini, tular di media sosial menunjukkan beberapa stesen Shell kehabisan bekalan RON95, dengan notis dipaparkan pada pam memaklumkan bekalan bahan api itu tidak tersedia buat sementara waktu.

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading