Kategori
Ringkas

KPM Umum Cuti Tambahan 18 Mac Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pemberian satu hari cuti tambahan pada 18 Mac ini kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut […]

Kategori
Ringkas

Apabila Agama Dihina, Berdiam Diri Bukan Pilihan – Sultan Pahang

MARAN, 3 Mac – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dan kesal atas insiden yang dilihat sengaja menggugat keharmonian negara dan negeri. Baginda menegaskan kekesalan itu termasuk isu terbaharu yang melibatkan seorang mahasiswa daripada sebuah universiti awam di Pahang yang didakwa mencemarkan al-Quran. “Perbuatan tersebut bukan sahaja suatu tindakan […]

Kategori
Ringkas

Pindaan Had Tempoh 10 Tahun PM Tidak Lulus Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, sekali gus tidak dapat diluluskan. Keputusan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas undian dijalankan sejurus tamat sesi perbahasan yang melibatkan 41 Ahli […]

Kategori
Ringkas

Polis Siasat Dakwaan Konspirasi Jatuhkan Kerajaan Libatkan Individu Berpengaruh

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit semalam dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang […]

Kategori
Ringkas

Suspek Tembak Kereta Komander AKPS Telah Ditahan

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Suspek yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses soal siasat terhadap suspek sedang dilakukan ketika ini. “Ini merupakan satu insiden […]

Kategori
Ringkas

Jangan Tiru Perbuatan Hina Ramadan Di Media Sosial – Zulkifli

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan mengingatkan umat Islam supaya tidak meniru perbuatan seorang wanita yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan minum secara terbuka menerusi siaran langsung di akaun TikTok miliknya. Beliau berkata Jabatan Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mempergiat usaha mendidik dan […]

Kategori
Ringkas

SPRM Sangkal Dakwaan Wujud ‘Mafia Korporat’, Sifatkan Cubaan Cemar Kredibiliti Siasatan

PUTRAJAYA, 24 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan mengaitkan kewujudan “Mafia Korporat” dengan suruhanjaya itu serta menyifatkan ia sebagai cubaan mencemarkan kredibiliti siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak tertentu dalam sektor korporat. SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tuduhan itu tidak berasas dan dipercayai berpunca daripada sebuah blog dalam talian tanpa identiti […]

Kategori
Ringkas

Lelaki Putus Kaki Akibat Mercun, Polis Kesan Penjual Tidak Sah

JOHOR BAHRU, 20 Feb – Polis Johor sedang mengesan penjual mercun dan bunga api yang dipercayai menjual bahan terlarang hingga mengakibatkan seorang lelaki putus kaki kiri ketika bermain mercun di hadapan rumahnya di Segamat, Selasa lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati bunga api digunakan mangsa adalah dalam kategori tidak […]

Kategori
Ringkas

Suspek Dera Anak Tiri Dalam Video Tular Sudah Didakwa Di Mahkamah – Polis

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Seorang lelaki yang didakwa mendera anak tirinya menerusi video tular baru-baru ini telah ditahan polis dan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember tahun lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular di media sosial Threads pada 19 Februari 2026 yang dimuat […]

Kategori
Ringkas

Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 13 Feb – Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan sementara pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azmi Ariffin, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membenarkan permohonan […]