Categories
Ringkas

Fahmi Belum Terima Laporan Penuh Isu Saluran RTM Tamat Siaran Di Astro

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan beliau masih menunggu penjelasan rasmi berhubung isu penamatan siaran saluran milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform Astro yang hangat diperkatakan ketika ini.

Menurut beliau, perkara tersebut terlebih dahulu akan diteliti oleh pihak pengurusan tertinggi RTM sebelum sebarang keputusan atau kenyataan lanjut dibuat kepada umum.

Fahmi berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang laporan lengkap berkaitan perkembangan itu dan menyerahkan penelitian awal kepada Ketua Pengarah Penyiaran.

“Mungkin minggu hadapan pihak Ketua Pengarah Penyiaran akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai situasi sebenar yang sedang berlaku,” katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan RTM akan menamatkan kesemua siaran salurannya di platfrom Astro bermula 1 Julai selepas rundingan antara kedua-dua pihak dipercayai tidak mencapai kata sepakat.

Difahamkan, antara perkara yang menjadi isu utama dalam perbincangan tersebut adalah berkaitan kos operasi serta pembaharuan kontrak penyiaran.

Langkah itu sekali gus bakal mengakhiri kerjasama penyiaran yang telah berlangsung hampir 30 tahun antara RTM dan platform televisyen berbayar berkenaan.

Antara saluran RTM yang terlibat termasuk TV1, TV2 serta Okey.

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading