Categories
Ringkas

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri Bermula Tengah Malam 18 Mac

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, dengan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol.

“Diskaun tol ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).

“Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, pemberian diskaun tol percuma itu adalah tambahan daripada beberapa langkah telah dilaksanakan sebelum ini, seperti bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima, melibatkan peruntukan RM1.3 bilion.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan pemberian cuti tambahan Aidilfitri kepada penjawat awam, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28 Mac serta peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bernilai RM400 kepada pelbagai institusi pengajian tinggi.

Perdana Menteri menambah, Kerajaan MADANI melalui Jabatan Insolvensi Malaysia juga akan melaksanakan inisiatif pelepasan kebankrapan secara Fast Track, yang membabitkan kira-kira 4,000 individu, khususnya ibu dan bapa tunggal, yang akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan bersempena Aidilfitri.

Menurut Anwar, semua langkah tersebut adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI bagi memastikan rakyat terus menikmati manfaat daripada kemakmuran yang dicapai bersama. – Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading