Categories
Ringkas

F1 Di Sepang: Anwar Pertimbang Perkenal Tiket MADANI

PORT DICKSON, 27 Julai – Kerajaan sedang meneliti cadangan memperkenalkan tiket MADANI bagi perlumbaan Formula 1 (F1) GP Bahrain Gulf Air 2026 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC) yang dijadual berlangsung pada Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu dipertimbangkan selepas menerima pelbagai maklum balas mengenai harga tiket perlumbaan yang mengikut kadar antarabangsa.

“Ramai yang dah beli tiket. Memang ada yang merungut sebab harga tiket mengikut kadar antarabangsa.

“Ada juga yang tanya, PMX ada tak tiket MADANI? Mereka kata tiket paling murah pun sekitar RM200. Jadi mereka minta kalau boleh ada harga tiket MADANI.

“Insya-Allah kita pertimbangkan. Cuma tempat duduknya mungkin agak jauh sedikit. Jangan bayar harga tiket MADANI tetapi hendak duduk di barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Negeri Sembilan di Port Dickson, pada Isnin.

Sebelum ini, Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah Formula 1 GP Bahrain Gulf Air 2026 yang akan berlangsung di Sepang pada Oktober depan.

Perlumbaan berkenaan dipindahkan ke Sepang selepas GP Bahrain yang dijadualkan berlangsung pada April ditangguhkan susulan konflik di Asia Barat.

Hasrat Bahrain untuk mengadakan semula perlumbaan pada 4 Oktober juga tidak kesampaian apabila keadaan konflik di rantau itu kembali memuncak pada bulan ini. – Syafik Shukri Jalil / Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading