Categories
Ringkas

AUKU Akan Dimansuhkan, Beri Kebebasan, Demokrasi Lebih Luas Kepada Mahasiswa – PM Anwar

MELAKA, 15 Ogos – Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan yang dikemukakan kepimpinan mahasiswa, yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan. […]