Categories
Ringkas

RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU itu antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini. “Semua jawatan mempunyai had […]

Categories
Ringkas

Putin Tidak Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, Diwakili Timbalan PM Rusia – Anwar

Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata Putin akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak. “Presiden Putin mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir. Beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun […]

Categories
Ringkas Ekspres

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula, Akan Dibatalkan – PM Anwar

Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, berkata ia bertujuan bagi memberikan laluan kepada projek-projek rakyat yang lebih […]

Categories
Berita

PM Anwar Dijangka Bentang Bajet Mini 2023 Di Parlimen Hari Ini

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan […]

Categories
Berita

Kepentingan Dan Hak Rakyat Tunggak Utama – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat, sebagai tunggak utama. Beliau menerusi hantaran di Facebooknya, melahirkan rasa syukur selepas secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, hari ini. “Alhamdulillah, secara […]

Categories
Berita

Usul Undi Percaya Terhadap PM Anwar Dibentang Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Usul Undi Percaya terhadap Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk mendapatkan keabsahan memimpin Kerajaan Perpaduan. Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Perdana  Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bersidang selama dua hari mulai […]

Categories
Politik

Anwar Saman MB Kedah Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’. Anwar, 75, selaku plaintif, memfailkan saman itu menerusi Tetuan S. N. Nair & Partners di […]

Categories
Berita

Sultan Brunei Pandu Sendiri Kereta Bawa Anwar Ke Seri Perdana

SUBANG, 28 Nov – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Seri Perdana, Putrajaya sempena lawatan khas baginda ke Malaysia, hari ini. Sebelum kedua-dua pemimpin itu memulakan perjalanan pada kira-kira 11.45 pagi, Anwar yang duduk bersebelahan Sultan Hassanal Bolkiah, sempat melambaikan tangan ke arah […]

Categories
Berita

Tun M Ucap Tahniah, Selamat Maju Jaya Kepada PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10. Ucapan tahniah bekas perdana menteri itu disampaikan menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini. “Saya ucap tahniah kepada Dato’ […]

Categories
Berita

MoU Kerajaan, PH Bukan Bermakna Setuju Usul Undi Percaya Dihentikan – Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai Isnin lalu tidak bermaksud menyokong usul undi percaya bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri, jika ia dilaksanakan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha untuk menghentikan undi percaya tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan yang berkait dengan pemeteraian […]