Categories
Ringkas

AS Sedang Bina ‘Kompleks Besar’ Tentera Di Bawah Rumah Putih – Trump

WASHINGTON, 30 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Ahad bahawa pihak tentera negara itu sedang membina “kompleks besar” di bawah dewan besar di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pihak tentera sedang membina kompleks besar di bawah dewan itu dan sedang dalam pembinaan, dan kami melakukannya dengan sangat baik, jadi kami mendahului jadual,” Trump memberitahu pemberita di dalam Air Force One ketika dalam perjalanan ke Washington, DC.

Tahun lepas, Trump mengumumkan pembinaan dewan besar (ballroom) seluas 90,000 kaki persegi (8,361 meter persegi) yang dianggarkan menelan belanja USD400 juta.

“Kami mendahului jadual dan di bawah bajet. Semua wang itu dibayar oleh saya sendiri dan penderma,” katanya kepada pemberita.

Trump berkata “tiada satu sen pun” wang kerajaan diperuntukkan untuk pembinaan dewan itu.

Menurut presiden dewan berkenaan akan mempunyai “kaca kalis peluru” dan “bumbung dan siling kalis”. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading