Kategori
Berita

PM Beri Bayangan Rentas Negeri Dalam Beberapa Minggu Lagi

PUTRAJAYA, 24 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan ‘dalam beberapa minggu lagi’. Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lalu, sebanyak 81 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam tempoh beberapa minggu saja lagi, ia boleh mencapai kadar […]

Kategori
Luar Negara

Argentina Tarik Balik Arahan Penggunaan Pelitup Muka Di Kawasan Terbuka

ARAHAN penggunaan pelitup muka di majlis dan aktiviti berkumpulan di kawasan terbuka kini ditarik balik di Argentina. Menteri Kesihatan, Carla Virzzotti berkata, ia susulan kejayaan menurunkan kadar jangkitan dan kematian akibat COVID-19 sejak beberapa minggu lalu. Walaubagaimanapun, jelas Carla, penggunaan pelitup muka di kawasan tertutup tetap diwajibkan. “Pertama, kita menarik semula kewajipan penggunaan pelitup muka […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pulau Pinang Bermula Esok

GEORGE TOWN, 21 Sept – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja berusia 18 tahun ke bawah di negeri Pulau Pinang akan bermula esok (Rabu, 22 September 2021). Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebagai permulaan, vaksinasi akan membabitkan pelajar asrama berusia 16 hingga 17 tahun yang beralamat tetap di Pulau Pinang […]

Kategori
Berita

Sesi Pertemuan Dengan Tunku Ismail Berjaya Yakinkan Sebahagian Guru Ambil Vaksin

JOHOR BAHRU, 20 Sept – Sesi pertemuan dan penerangan bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini sedikit sebanyak telah ‘membuka mata’ serta meyakinkan segelintir guru yang sebelum ini menolak vaksin COVID-19, untuk mengambil vaksin. Mendedahkan perkara ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang berkata daripada 779 guru, seramai 216 […]

Kategori
Berita

Suntikan Dos Ketiga Vaksin COVID-19 Dijangka Bermula Awal Oktober Ini – Khairy

ALOR SETAR, 19 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memulakan pemberian suntikan dos ketiga atau dos penggalak (booster shot) vaksin COVID-19 kepada orang awam, bermula awal Oktober depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun, kumpulan rentan atau golongan berisiko yang dikenal pasti KKM akan diberi keutamaan menerima suntikan dos berkenaan. “Antara mereka yang diberi […]

Kategori
Berita

Sabah Benarkan 300 Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Utama

KOTA KINABALU, 17 Sept – Kerajaan Sabah hari ini membenarkan seramai 300 jemaah untuk solat Jumaat di Masjid Utama negeri ini berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun. Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata masjid utama tersebut ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Nurul Hikmah di sini dan […]

Kategori
Berita

Pulau Pinang Benarkan Jemaah Lengkap Vaksinasi Solat Ikut Kapisiti Masjid, Surau

GEORGE TOWN, 17 Sept – Jemaah yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk mendirikan solat fardu dan Jumaat mengikut kapasiti ruang sesebuah masjid atau surau di negeri ini, mulai esok. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan dalam […]

Kategori
Luar Negara

Itali Wajibkan Semua Pekerja Miliki Pas Kesihatan COVID-19

ITALI pada Khamis merancang untuk menjadi negara Eropah pertama yang mewajibkan penggunaan pas kesihatan COVID-19 kepada semua pekerja di negara itu. Memetik laporan Saudi Gazette, kerajaan Itali telah mengemukakan draf cadangan untuk mewajibkan sijil vaksin digital kepada semua pekerja sektor awam dan swasta, bermula Oktober ini. Langkah tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengambilan vaksin dan mengurangkan […]

Kategori
Berita

COVID-19: 173,000 Remaja Di Pahang Akan Divaksin Bermula Isnin

KUANTAN, 17 Sept – Pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja di Pahang mulai Isnin ini akan melibatkan kira-kira 173,000 orang, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata selain remaja berusia 16 dan 17 tahun, turut menerima vaksin ialah mereka berumur 12 hingga 15 tahun yang mempunyai masalah kesihatan selain keutamaan diberikan kepada […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pahang Bermula 20 September

KUANTAN, 17 Sept – Program vaksinasi COVID-19 kepada pelajar berusia 16 dan 17 tahun di Pahang akan bermula Isnin depan (20 September), kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Nor Azimi Yunus. Menerusi kenyataan di akaun Facebook, Dr Nor Azimi berkata Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) juga sedang melakukan penyelarasan dengan Jabatan Pendidikan negeri berhubung pemberian vaksin […]